Pada Mei 2021 yang lepas, laman edagang Zalora telahpun melancarkan siri podsiar menerusi Zalora Talks. Podsiar ini memfokuskan kepada trend terkini dan topik hangat dalam industri fesyen dan gaya hidup.
Selepas kejayaan Zalora Talk Musim 1, nampaknya jenama ini menampilkan kandungan baru yang lebih menarik menerusi Zalora Talks Musim 2 pula. Antara kandungan yang dibincangkan merangkumi isu-isu mengenai gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan, fesyen dan kecantikan.

Namun kini, ia dilihat akan lebih memberi tumpuan kepada topik berkenaan isu wanita dan sosial di samping turut membincangkan berkenaan perniagaan selepas pandemik. Menurut Zalora, tujuan penawaran podsiar ini adalah untuk berhubung dengan pelanggan setia dalam topik penting selain ingin turut memastikan pendengar mereka memperoleh manfaat daripada perbincangan di dalam Zalora Talks.
Untuk pengetahuan anda juga, Zalora Talks merangkumi tujuh episod 40 minit yang menghimpunkan pendapat dari pakar industri, rakan jenama dan KOL dalam fesyen dan gaya hidup untuk membincangkan beberapa isu terbaru di sektor mereka.

Bukan itu sahaja, Zalora juga telah melabur dalam usaha untuk melibatkan pelanggan melalui pengalaman digital yang lebih mendalam. Syarikat tersebut baru-baru ini melancarkan Bilik Berpakaian Maya, yang membolehkan pelanggan memilih barang dan secara langsung menggambarkan bagaimana ia sesuai dengan pelbagai jenis badan dan warna kulit.
Untuk yang berminat untuk mendengar siri podcast Zalora Talk, anda boleh layari pautan Spotify: Zalora Talks bermula hari ini.