Sebelum mula memilih dan membeli karpet untuk diletakkan di ruangan rumah anda, terdapat beberapa persoalan dan pertanyaan yang perlu anda jawab dan hadir dengan solusi yang bersesuaian. Contoh soalan termasuklah:

  • Apakah kegunaan ruang atau bilik yang ingin diletakkan karpet?
  • Apakah aktiviti yang akan anda lakukan di dalam ruang tersebut?
  • Adakah ia merupakan ruang atau bilik yang akan selalu digunakan?
  • Adakah bilik tersebut akan terkena cahaya matahari langsung?
  • Siapakah yang akan berada di dalam bilik tersebut?
  • Berapa kerapkah anda akan mengemas dan membersih bilik tersebut?

Jawapan anda akan menentukan pilihan yang tepat untuk anda. Tidak kiralah dari segi warna hingga ke jenis fabrik yang digunakan pada karpet berkenaan. Sekiranya anda masih mempunyai pertanyaan, anda mungkin boleh mendapatkan bantuan dari sudut perspektif pakar atau jurujual karpet.

Bentuk Dan Saiz Karpet Yang Dijual Di Pasaran

Antara bentuk karpet yang paling umum adalah bentuk segi empat yang boleh didapati dalam ukuran dari 60×40 cm hingga 600×400 cm dan ia juga mungkin boleh didapati pada saiz yang lebih besar lagi.

Terdapat juga bentuk karpet yang lain seperti petak, bulat, bujur dan runners. Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui bentuk dan ukuran karpet sesuai dengan ruang dan perabot yang selebihnya. Harus diingatkan, karpet seharusnya tidak dipasang meliputi seluruh lantai.

Bentuk Segi Empat Tepat

Bentuk segi empat tepat adalah bentuk karpet yang paling biasa dan sangat banyak digunakan di dalam rumah moden masa kini.

Terdapat banyak ukuran untuk bentuk segi empat tepat. Bagi memahami pengukuran dan kesesuaiannya pada ruangan tertentu di dalam rumah anda, Tajria akan berkongsi sedikit tips yang boleh anda praktikkan.

  • Bagi karpet dengan 60×80 cm, ia biasanya diletakkan di depan pintu ataupun di sebelah katil bagi memberikan tarikan kepada bahagian sekitar katil.
  • Untuk ukuran 100×150 cm atau 140×200 cm pula, ia cenderung digunakan di ruangan makan bergantung kepada saiz meja makan anda.
  • Manakala untuk karpet yang lebih besar seperti ukuran 180×275 cm atau 180×275 cm, ia boleh dipasang di kawasan hadapan ruang televisyen ataupun di dalam bilik tidur.

Bentuk Bujur

Karpet jenis bujur sebenar sudah menjadi sangat jarang digunakan di dalam ruman moden kerana ia tidak ada ukuran standard. Namun, biasanya karpet jenis ini akan diukur dengan cara yang sama seperti bentuk segi empat tepat.

Serba sedikit mengenai karpet bentuk bujur adalah jenis ini berasal dari China dan Perancis yang mana ia bertepatan dengan gaya Aubusson dan Savonnerie. Kira-kira 40 tahun yang lalu, mereka telah menjadi sangat popular di Iran dan terutama dihasilkan di Tabriz, Isfahan dan Nain

Runners

Lebih dikenali sebagai karpet panjang, jenis ini sangat sesuai misalnya di koridor, lorong atau tangga kerana ia mempunyai ukuran yang lebih kecil dan panjang.

Penggunaan runners lebih biasa dilihat di Amerika. Namun, masih banyak rumah-rumah di Malaysia yang menggunakan karpet ini dan dipadangkan bersama meja konsol atau kabinet di dapur

Ini 3 Jenis Karpet Yang Sesuai Diletakkan Di Dalam Bilik

Karpet dihasilkan dalam beberapa cara yang berbeza yang mana ia merangkumi pelbagai jenis serat. Memahami kekuatan dan perbezaan masing-masing akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk kegunaan hari di rumah anda.

Cut Pile

Salah satu penawaran jenis karpet yang paling popular. Cut pile hadir dengan potongan cerucuk yang dicukur dan memperlihatkan hujung serat karpet. Ia ditawarkan dalam panjang dan ketebalan yang berbeza.

Jenis cut pile adalah gaya karpet yang paling popular pada masa ini kerana ia dikatakan lebih lembut jika diletakkan di bawah kaki. Maka, ramai dalam kalangan pemilik rumah akan meletakkannya sama ada di ruang televisyen atau di bilik tidur.

Antara jenis cut pile termasuklah:

  • Saxony – Permukaan halus dan berfungsi dengan baik dengan hiasan dalaman tradisional. Sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan.
  • Friezé – Permukaan bertekstur ‘keriting’ kerana benang yang digunakan adalah berpintal. Kelebihannya, ia membantu mengurangkan jejak kaki dan tanda kotoran.
  • Plush (Velvet) – Permukaan karpet yang seakan padat dan mewah. Berbeza dengan Friezé, ia menampilkan jejak kaki dan tanda vakum dengan mudah. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk kawasan yang jarang digunakan dan bilik formal

Loop Pile

Potongan gelung menghasilkan tekstur karpet dengan serat yang mempunyai ketinggian yang sama. Gaya untuk loop pile biasanya bertahan lama di kawasan yang mempunyai aktiviti dan penggunaan yang tinggi.

Jika anda ingin meletakkan karpet di dalam bilik bermain, atau bilik istirehat, anda boleh memilih karpet jenis potongan gelung kerana ia mempunyai ketahanan yang lama tidak seperti potongan cerucuk

Malah potongan gelung juga hadir dengan pelbagai corak. Semasa memilih karpet, semakin ketat gelungnya, semakin kuat daya ketahanannya.

Loop Dan Cut Pile

Campuran kedua-dua potongan ini  menyediakan berbagai tekstur permukaan dan berkesan menyembunyikan kesan tanah dan kotoran.

Oleh itu, ia boleh digunakan di mana-mana tempat yang sering digunakan. Bukan itu sahaja, karpet gabungan ini juga ditawarkan pada harga yang lebih rendah tetapi pengeluarannya agak terhad.