Ramai dalam kalangan individu masa kini sudah mula gemar meletakkan dan menghias rumah mereka dengan menambah pokok rumah di beberapa sudut utama. Terdapat beberapa jenis pokok rumah mempunyai jangka hayat yang lama, namun ada juga jenis yang sensitif terhadap persekitaran mereka.
Oleh itu, beberapa teknik penjagaan yang rapi perlu dipraktikkan bagi memastikan mereka kekal segar sepanjang mana. Bergantung pada spesiesnya dan juga tabiat penjagaan anda, terdapat faktor yang mendorong kepada pokok rumah menjadi layu dan tidak mekar seperti yang diharapkan.

Jadinya, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda lima (5) sebab yang menjadi punca utama pokok rumah mati.
Kadar Siraman Yang Terlalu Kerap
Terlalu banyak air adalah sebab utama mengapa pokok rumah anda layu dan mati. Malah, ia juga antara kesilapan paling biasa dilakukan oleh orang ramai.
Kebiasaannya, pokok rumah memerlukan kuantiti air yang minima selain sangat sedikit tanaman yang dapat menangani penyiraman setiap hari dalam keadaan pot biasa.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyiram tanaman anda sehingga tanah atas kelihatan tanah kering. Anda juga boleh mencari tanda-tanda lain yang memperlihatkan pokok anda sudah mencari air. Secara amnya, anda tidak boleh menyiram tanaman anda sehingga mereka memerlukannya.

Saliran Air Yang Lemah
Unsur penyiraman dan saliran sangat berkait rapat. Jika persekitaran anda mempunyai aliran air yang buruk, ia akan membunuh banyak tumbuhan.
Elakkan daripada menggunakan pasu atau pot yang mudah menyimpan air di dasarnya. Ia akan menyebabkan akar yang duduk di dalam air sekaligus mempercepatkan kadar pereputan akar.
Menggunakan Tanah Yang Lama Atau Tanah Dari Pasu Lama
Kebanyakan tanah yang disediakan untuk tanaman adalah berasaskan gambut yang mana ia akan rosak dari semasa ke semasa dan menjadi lebih berasid.
Apabila gambut hancur, air dan oksigen menjadi lebih sukar untuk diserap sepenuhnya pada zon akar. Hasilnya, ia memperlahan proses penyerapan makanan dan menjadikan tanaman kelaparan.
Masalah Kurang Cahaya Matahari Dan Baja
Bukan itu sahaja isu cahaya dan baja yang ketara adalah antara yang penting untuk diselidiki. Apabila keadaan pencahayaan tidak sempurna atau tahap cahaya yang kurang ideal bagi pokok, ia menyukarkan pokok anda untuk berkembang dan melakukan makanan mereka.
Bukan sekadar cahaya matahari, nutrien tambahan juga diperlukan pokok anda kerana ia akan menjadikan tumbuhan mekar dengan lebih baik selain menjadi kuat dalam menangani pelbagai isu lain.

Tidak Menukar Pokok Ke Dalam Pasu Yang Lain
Untuk pengetahuan anda, pengeluar pokok biasanya telah menanam pokok di dalam pasu atau pot tertentu pada tempoh sekitar satu atau dua tahun. PAda waktu itu, pokok telah membesar dengan baiknya selian akarnya juga sudah mula menjadi panjang dan lebat.
Dalam kebanyakan kes, apabila akar tumbuh panjang, ia akan mengikat atau berselirat antara satu sama lain dan akhirnya tidak memberikan pokok anda nutrisi yang mencukupi daripada tanah. Oleh itu jika anda mendapati akar pokok anda sudah panjang, cari dan alihkan mereka ke dalam pasu yang baru.