Produk kecantikan Korea Selatan sememangnya mempunyai tempat di hati kebanyakan wanita. Ia kerana secara tradisi, pengamal kecantikan di Korea hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bebas kekejaman terhadap haiwan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Malah, produk kecantikan daripada Korea juga dikatakan hadir dnegan kualiti yang tinggi di samping menawarkan variasi jenis produk yang juga ditawarkan pada harga berpatutan selain turut sesuai dengan semua jenis kulit.

Oleh itu, bagi memudahkan anda mendapatkan produk kecantikan dari Korea yang menepati keperluan anda, Tajria hari ini ingin berkongsi tiga (3) jenama kecantikan Korea yang boleh anda dapatkan di Shopee Mall.

COSRX

Sekiranya anda masih tidak mengetahui atau perasan akan kehadiran jenama COSRX ini, ia merupakan produk penjagaan kulit Korea yang sangat popular dalam kalangan individu dengan kulit yang sensitif kerana ia menggunakan bahan yang menenangkan.


Sebagai contoh, penyegar harian mereka diperbuat daripada air bunga camellia yang lembut jika disapukan pada kulit. Malah, rata-rata produk COSRX hadir dengan ekstrak bahan-bahan organik yang baik untuk kehidratan kulit selain membantu mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit secara semula jadi.

Berikut adalah senarai produk yang boleh anda cuba di kedai rasmi COSRX di Shopee Mall (pautan kedai: COSRX Official Store)


SOME BY MI

Antara jenama produk kecantikan Korea yang menarik perhatian penulis adalah SOME BY MI. Jenama ini merupakan jenama kecantikan dengan anugerah pujian yang tertinggi di Korea dan merupakan pilihan para blogosphere kecantikan.


Pada tahun 2020, SOME BY MI merupakan pemenang Best of K-Beauty 2020 Soko Glam menerusi produk AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner dan Serum pelengkap.

Untuk pengetahuan anda, bagi setiap produk keluaran SOME BY MI, ia menggunakan ekstrak air pokok teh yang tinggi kandungan kebaikannya di samping mampu mempromosikan kulit yang bersih dan mengurangkan keradangan. Produk SOME BY MI juga menawarkan bahan-bahan seperti adenosin dan niacinamide yang mensasarkan pembaikan untuk kulit kusam.

Berikut adalah senarai produk yang boleh anda cuba di kedai rasmi SOME BY MI di Shopee Mall (pautan kedai: SOME BY MI Official Store)


Aestura My

Sama seperti jenama produk kecantikan CORSX dan SOME BY MI, Aestura turut mengetengahkan dan membangunkan rangkaian produk penjagaan kulit berdasarkan penyelidikan saintifik dan perubatan yang boleh dipercayai.

Aestura diperkenalkan sebagai salah satu jenama penjagaan kulit yang menggunakan DermaON iaitu ramuan eksklusif yang diinspirasikan daripada beberapa lapisan lipid. Penggunaan ini boleh dijumpai di beberapa produk Aestura seperti Aestura Atobarrier 365 Cream dan Aestura Theracne 365.


Untuk mendapatkannya, anda boleh melihat senarai produk yang diperlukan di kedai rasmi Aestura di Shopee Mall (pautan kedai: Aestura MY)


Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit dari Korea yang boleh anda cuba termasuk Lapothicell dan The Ordinary. Walau bagaimanapun, ia tidak ditawarkan melalui laman Shopee Mall. Jadi, untuk mencubanya, anda perlu memastikan produk yang dijual adalah asli dari Korea bagi mengelakkan sebarang implikasi yang buruk pada kulit.