Bersempena pembukaan kedai makan fizikal terbaru Bask Bear Coffee di Setia Taipan, nampaknya jenama kopi pilihan ramai ini telahpun mempelbagaikan penawaran mereka dengan juadah hidangan yang lebih berat dan mengenyangkan iaitu Nasi Bask Bear.
Terdapat dua pilihan menu yang ditawarkan untuk hidangan Nasi Bask Bear iaitu Nasi Ayam Goreng Berempah dan juga Nasi Ayam Masak Merah. Bagi setiap menu, ia dilengkapi dengan lauk tambahan seperti telur rebus dan juga sayur campur sebagai pelengkap.
Apa yang menarik juga, bagi anda yang ingin mendapatkan juga minuman bersama-sama dengan Nasi Bask Bear, anda boleh memesan set kombo yang menampilkan pilihan minuman Americano pada harga RM18.90.
Setakat ini, menu ini hanya boleh didapati di rangkaian fizikal Bask Bear Coffee di Setia Taipan sahaja. Selain menampilkan menu nasi, anda juga boleh mencuba beberapa hidangan lain termasukKorean Spicy Chicken Signature Toast dan bermacam-macam lagi bermula hari ini!