Bersempena Pesta Cahaya yang bakal menjelang ini pada November ini, HABIB menampilkan pilihan koleksi dan baranga perhiasan yang bertemakan Gaya Bollywood. Ia ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB bermula 22 Oktober sehingga 7 November 2021.

Menurut HABIB, penawaran kempen gaya Bollywood ini bertujuan untuk meraikan penganut agama Hindu di serata dunia termasuklah di Malaysia menerusi penampilan rekaan barang perhiasan yang eksklusif.

Tradisi Masyarakat India Dan Simbolik Emas Kepadanya

Seperti yang anda tahu, sejak ribuan tahun dahulu pemakaian barangan kemas menjadi salah satu tradisi yang penting terutamanya ketika Dhanteras iaitu hari bertuah yang jatuh sehari atau dua hari sebelum Deepavali. Hal ini kerana, pada hari tersebut, ia dipercayai membawa keuntungan oleh itu masyarakat India khususnya. Oleh itu, mereka akan membeli belah untuk persiapan perayaan dari segi perhiasan rumah, pakaian dan juga barangan kemas.


Selain itu, emas juga memainkan peranan yang sangat penting kepada budaya, tradisi dan upacara keagamaan masyarakat India. Ia kerana ianya memberi simbolik kepada kejayaan, kekayaan dan tuah yang dimiliki oleh seseorang.

Selain daripada anting-anting emas,  tidak akan lengkap peragaan golongan wanita India tanpa rantai leher dan gelang tangan yang biasanya akan digayakan secara berlapis ‘stacked’.

Apa Yang Ditampilkan Eksklusif Oleh HABIB Sempena Deepavali?

Untuk kempen Gaya Bollywood pada tahun 2021, HABIB memperagakan koleksi popular kami iaitu Oro Italia 916 untuk digayakan bersama sari dan lengha.

Rekaan yang halus dan teliti dari koleksi ini seperti gelang tangan Stella dan Cavo sangat sesuai dipadankan dengan rantai leher Grande dan Ananas. Hasilnya, ia akan dapat menyempurnakan penampilan si pemakai pada hari yang penting kelak.


Bagi anda yang sedang mencari gaya baru sempena Deepavali, jangan lupa untuk masukkan barangan kemas daripada HABIB ke dalam senarai belian anda. Ia bukan sahaja menampilkan gaya yang mewah, namun turut akan menyempurnakan apa juga gaya yang dibawa.

Akhir sekali, rekaan yang unik dari koleksi Oro Italia 916 boleh didapati dalam emas 22K berwarna kuning, putih dan ros. Ia juga menampikan pilihan rekaan koleksi berlian yang eksklusif dan diperbuat daripada emas putih 18K.

Untuk sebarang info lanjut berkenaan Gaya Bollywood, ikuti laman sosial dan tonton siaran live di Instagram dan Facebook HABIB Jewels pada setiap hari atau layari laman rasmi di www.habibjewels.com.