Carian
Maison Kitsuné X Laneige Neo Cushion – Wajah Tanpa Cela Selama 24 Jam Dengan Sekali Sentuhan
October 26, 2021 Lina Rosli

Selain menampilkan kelebihan mengurangkan risiko ‘maskne’, bedak asas Laneige Neo Cushion turut hadir dengan penawaran wajah tanpa cela selama 24 jam.

Untuk pengetahuan anda, Laneige Neo Cushion dilengkapi dengan teknologi Humid Defense yang telahpun dipatenkan di bawah jenama ini. Ia hadir bagi memastikan anda tidak perlu risau tentang bedak asas anda berpindah atau bergeser dengan pelitup muka anda.


Jadinya, dengan kehadiran ciri tahan pindah, ia sekaligus menjanjikan liputan yang lebih tahan lama dan membolehkan solekan kekal selesa walaupun selepas penggunaan sekitar 24 jam mahupun sepanjang anda berada di luar.

Apa Yang Menarik Pada Laneige Neo Cushion?

Tidak dinafikan Laneige Neo Cushion telah mendapat sambutan hangat di Malaysia sejak ia memasuki pasaran tahun lepas. Antara faktor yang menjadikannya popular adalah penawaran bedak asas yang berasaskan kusyen selain turut dihadiri dengan kemasan semula jadi, matte atau bercahaya dan formulasi  lain yang sangat ringan.

Bukan itu sahaja, Laneige juga adalah jenama pertama yang memperkenalkan bedak asas kusyen yang dilengkapi dengan penapisan cahaya biru yang diperakui dan dikuasakan oleh Titanium Dioxide. Ia berfungsi dalam melindungi kulit anda daripada cahaya biru yanga boleh mengakibatkan tekanan oksidatif, hiperpigmentasi dan penuaan pramatang.


Selain itu, Laneige Neo Cushion juga hadir dengan formulasi SPF 42 PA++ (NEO Cushion Matte) dan SPF 50+ PA+++ (NEO Cushion Glow) yang membantu dalam melindungi kulit daripada kerosakan dan pendedahan matahari.

Bagi meningkatkan kehangatan produk, jenama ini telah berkerjasama dengan Maison Kitsuné bagi menawarkan 2 warna Neo Cushion Matte yang paling laris, 21N dan 23N. Bersama-sama dengannya turut ditampilkan dua barangan eksklusif iaitu beg tote dan kantung alat solek.


Rekaan Eksklusif Maison Kitsuné X Laneige Neo Cushion

Meneliti penampilan baru Laneige Neo Cushion, ia memperlihatkan sarung berwarna krim baharu dengan ilustrasi “Chillax Fox” yang merupakan logo ikonik Maison Kitsuné. 

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, ia ditawarkan bermula 1 November 2021 dan terhad di beberapa lokasi sahaja iaitu Laneige Pavillion, Laneige Sunway Velocity, Laneige The Gardens, Laneige IOI City Mall dan Laneige Sunway Pyramid.

Namun, ia turut ditawarkan untuk pembelian atas-talian menerusi edai rasmi Laneige di Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo. Ia juga boleh didapati di Laneige Social Store di Facebook mulai 2 November.

Kolaborasi Maison Kitsuné x Neo Cushion Edisi Terhad menawarkan dua set berbeza iaitu:

  • Maison Kitsuné x Neo Cushion Matte (21N/23N) & Set Tote Bag – RM250
  • Maison Kitsuné x Neo Cushion Matte (21N/23N & Set Pouch – RM215
Komen