Lina Rosli Diterbitkan 26 October 2021

Bolehkah Saya Meminum Air Lemon Setiap Hari?

Air lemon adalah pilihan yang lebih sihat berbanding minuman berperisa yang lain seperti jus atau soda bukan diet, yang sering mengandungi gula yang tinggi.

Menurut beberapa kajian, dengan menambahkan lemon ke dalam air, ia akan menambah dan membekalkan beberapa vitamin dan nutrien utama ke dalam minuman anda, sebagai tambahan kepada rasa segar dengan sedikit risiko kesihatan.


Manfaat Amalan Minum Air Lemon Dalam Diet Harian

Minum air lemon sering dikaitkan dengan diet beralkali, yang berteori bahawa makan makanan beralkali boleh mengimbangi tahap pH kita dan mencegah pelbagai penyakit.

Secara amnya, jus lemon secara semula jadi mempunyai pH yang rendah dan dianggap berasid sebelum dimakan. Namun, ia sebenarnya merupakan makanan beralkali selepas penggunaan.

Sumber Vitamin C Yang Baik

Seperti yang anda tahu, buah-buahan sitrus seperti lemon dilengkapi dengan nilai vitamin C yang tinggi selain bertindak sebagai agen antioksidan utama yang membantu melindungi sel daripada merosakkan radikal bebas.

Selain itu, vitamin C juga dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok serta dapat menurunkan tekanan darah.


Menyokong Penurunan Berat Badan

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon secara signifikan mengurangkan penambahan berat badan. Namun, setakat ini ia hanya dilaksanakan ke atas tikus.

Sementara untuk manusia, tiada sokongan yang jelas untuk kes ini. Sama ada ia sebenarnya membuatkan orang ramai sekadar minum lebih banyak air dan berasa kenyang atau pengambilan air lemon itu sendiri boleh membuatkan berat badan menurun.

Meningkatkan Kualiti Kulit

Vitamin C yang terdapat dalam lemon boleh membantu mengurangkan kedutan kulit selain mengurangkan risiko kulit kering sekaligus boleh menyebabkan penuaan dan kerosakan akibat matahari.

Kajian makmal 2016 menunjukkan bahawa minuman berasaskan sitrus membantu mencegah perkembangan kedutan pada haiwan tanpa bulu.


Bolehkah Saya Meminum Air Lemon Setiap Hari?

Selain daripada kelebihan di atas, air lemon juga dipercayai dapat membantu masalah sembelit selain dapat menghalang pembentukan batu di dalam buah pinggang.

Oleh itu,  ia dipersetujui bahawa meminum air lemon setiap hari pada waktu pagi adalah baik kerana ia mengandungi kalium yang merupakan nutrien penting yang diperlukan tubuh.

Walau bagaimanapun, penjagaan diri yang lain harus diamalkan. Antaranya sentiasa membersihkan mulut dan gigi selepas meminum air lemon. Ia sangat penting bagi mengurangkan risiko pereputan enamel akibat minum air berperisa terlalu banyak.

Sumber: Healthline TheDailyMeal Insider