Selepas melancarkan koleksi Fall dan Winter 2021 menerusi siri UNIQLO x Theory, kini UNIQLO sekali lagi tampil dengan fesyen terbaru yang boleh anda terokai di dalam koleksi +J Fall/Winter 2021.

Bermula 11 November ini, kunjungi rangkaian kedai UNIQLO terpilihataupun kedai atas-talian rasmi mereka bagi mendapatkan rangkaian pakaian penuh gaya yang direka khusus oleh Jil Sander.

Bagi yang tidak mengetahui, Jil Sander telah hadir dengan koleksi pertama di UNIQLO sejak tahun 2009 yang juga memperoleh sambutan hangat pada keluaran pertamanya. Jadi, pada tahun ini, beliau menampilkan koleksi istimewa Bab 2 bersempenan musim luruh yang bakal tiba.


Ketika dunia sedang bersiap untuk permulaan yang baru, +J mengembangkan lagi penyataan penawaran fesyen mereka dan tampil berbeza dengan jenama lain. Bagi setiap rekaan, ia menampilkan jahitan yang berkualiti tinggi bersama-sama penggunaan bahan yang premium bagi untuk mencipta tafsiran moden selain memenuhi keperluan si pemakai.

Koleksi +J juga hadir dengan bentuk ikonik yang diukir menjadi siluet baharu. Idea +J tentang pakaian seragam moden global memberi inspirasi kepada identiti peribadi selain menjadikan si pemakai kelihatan lebih bertenaga dan yakin apabila kita muncul semula dalam kehidupan awam.

Antara warna yang menjadi pilihan utama bagi koleksi ini adalah warna putih visual dan variasi perang. Ia turut dipadankan dengan beberapa pilihan warna dalam palet termasuk hitam, khaki dan juga karamel.


Dari segi fabrik pula, ia menampilkan pakaian yang dihasilkan daripada fabrik satin poliester, kasmir, merino yang lebih halus dan juga sutera habutai. Nampaknya, koleksi musim ini akan membaluti anda dalam keselesaan dan keanggunan kontemporari yang menarik.

Berikut adalah senarai harga untuk penawaran koleksi +J  Fall/Winter 2021:

  • Blazer, Kot atau pakaian luar – RM399.90 hingga RM999.90
  • Cut & Sewn – RM149.90 hingga RM249.90
  • Seluar – RM199.90 hingga RM399.90
  • Skirt – RM349.90
  • Gaun – RM249.90 hingga RM349.90
  • Knit – RM199.90 hingga RM699.90
  • Shirt – RM149.90 hingga RM599.90