Carian
Manjakan Kulit Anda Dengan Before-Bed Set Dari Fenty Beauty
October 26, 2021 Lina Rosli

Penjagaan kulit sebelum tidur amatlah penting bagi mendapatkan kulit yang sihat dan segar pada keesokan harinya. 

Antara rutin penting yang tidak boleh anda tinggalkan merangkumi rutin penjagaan mata, kesegaran kulit serta memastikan pembentukan ruang pori yang minimal.


Oleh itu, Fenty Beauty tampil dengan set eksklusif yang bertepatan dengan keperluan individu menerusi set Before-Bed. Di dalam set ini, ia menampilkan botol penuh Fenty Skin Fat Water Niacinamide Pore-Refining Toner Serum, pek mini Fenty Skin Instant Reset Brightening Overnight Recovery Gel-Cream dan juga botol penuh Fenty Beauty Pro Kiss’r Luscious Lip Balm dalam tona “Hint Hint”.


Untuk pengetahuan anda, set Before-Bed ini merupakan edisi terhad yang pertama menggabungkan koleksi produk antara Fenty Skin dan Fenty Beauty. Melaluinya, ia memudahkan penjagaan kulit pada waktu malam sekaligus membantu para wanita mendapatkan kulit yang lebih lembap selain wajah yang lebih berseri menjelang hari esok.

Bagi anda yang berminat, set Before-Bed boleh didapati bermula hari ini pada harga RM255 sama ada di kedai atas talian Sephora ataupun rangkaian fizikal Sephora berdekatan anda.

Komen