Carian
KFC Menawarkan Burger P. Ramlee – Kepingan Patti Disaluti Kuah Kari Kandar Yang Unik
October 27, 2021 Lina Rosli

Untuk bulan Oktober ini, KFC nampaknya memperkenalkan satu lagi burger baharu iaitu KFC Burger P. Ramlee. Ia merupakan sebuah menu baharu dan eksklusif yang hanya ditawarkan pada tempoh waktu yang terhad.

Menurut KFC, penawaran ini adalah bersempena penghormatan khas buat legenda negara, P. Ramlee yang mengetengahkan Nasi Kandar sebagai hidangan kesukaan beliau di dalam satu babak dalam filem Laksamana Do Re Mi.


Seperti kebanyakan menu burger KFC, apa yang menarik pada Burger P. Ramlee ini adalah penggunaan sos khusus dan unik yang disebut sebagai Kuah Kari Kandar KFC. Kuah ini diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.

Melengkapkan menu Burger P. Ramlee adalah penampilan sayuran berempah dan mayonis dan akhir sekali diapit dengan ban bijan bakar yang telahpun menjadi identiti kebanyakan burger KFC. 


Bagi anda yang berminat, KFC Burger P. Ramlee boleh didapati di semua rangkaian KFC di seluruh Malaysia mulai esok iaitu 28 Oktober 2021. Anda boleh memilih sama ada ingin mendapatkan burger À la Carte, atau set Kombo, set Legenda ataupun set Kombo Ikon.

Jangan lupa untuk menggunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10% untuk pesanan melalui aplikasi KFC. Jika anda penggemar GrabFood dan FoodPanda pula, anda boleh menggunakan kupon tertentu untuk mendapatkan penjimatan.

Komen