Pada awal Oktober lepas, jenama fesyen terkemuka Pomelo telah mempersembahkan koleksi terbarunya dengan “Janesuda”, yang merupakan barisan pakaian eponim dari pereka dan pengasas Thai Janesuda Parnto.

Menerusi pelancaran koleksi eksklusif pertama jenama Janesuda x Pomelo, mereka hadir dengan mesej asas bahawa fesyen boleh menjadikan perasaan seseorang terasa tenang dan menyamankan.

Janesuda adalah seorang pelakon terkenal Thailand yang telah tertarik dengan dunia reka bentuk fesyen sejak kecil. Perjalanannya bermula apabila beliau memutuskan untuk membeli fabrik untuk menghasilkan baju-t khas dengan bahan premium terbaik.


Koleksi pertama Janesuda terdiri daripada Signature Tee, Signature Tank, dan Signature Dress telah menerima pengiktirafan meluas daripada pelbagai kumpulan pelanggan. Janesuda juga telah meluaskan variasi pakaian selain turut menawarkan koleksi bermusim yang terdiri daripada gaun kasual kepada pakaian formal.

Dengan kehalusan dan kepekaan terhadap fesyen, jenama Janesuda diiktiraf dan digemari oleh ramai orang Thai kerana pakaian uniknya yang memancarkan keanggunan, keceriaan dan daya tarikan yang unik.

Gaya yang unik untuk Janesuda x Pomelo hadir dalam koleksi 26 keping yang mesti anda dapatkan. Rekaan kali ini menggabungkan cetakan bunga eksklusif, tampalan renda dan kain tersuai yang tersedia hanya pada Pomelo.


Untuk menambah keistimewaannya, Pomelo berbangga untuk bekerjasama dengan Members of The Better Cotton Initiative (BCI) yang merupakan sebuag program kelestarian kapas terbesar di dunia bagi mendapatkan fabrik kapas mesra alam yang digunakan untuk koleksi ini.

Penggunaan fabrik kapas pada koleksi ini dikatakan lebih lembut berbanding fabrik kapas konvensional selain turut lebih tahan lama dan anti bakteria. Dengan perlaksaan idea ini, iaseterusnya mendorong agenda kelestarian Pomelo menerusi konsep 3P, iaitu People, Planet, dan Profit Distribution.

Bagi anda yang berminat, Janesuda x Pomelo Collection boleh didapati di aplikasi Pomelo melalui iOS dan Android ataupun menerusi laman atas-talian di pomelofashion.com, serta dapatkan juga di rangkaian kedai fizikal Pomelo di 1 Utama di Malaysia pada harga bermula pada RM 159.00.