Mendapatkan hijab atau tudung yang sesuai ketika melaksanakan aktiviti sukan adalah satu kemestian bagi setiap wanita muslimah di seluruh negara. Ia bertujuan untuk memastikan pergerakan bebas dan tanpa had dapat dijalani sepanjang aktiviti kecergasan dan senaman.
Oleh yang demikian, jenama sukan global PUMA kini hadir dengan koleksi fesyen wanita terbaru iaitu PUMA Hijab yang akan menawarkan tudung untuk sukan yang direka selari dengan keperluan masa kini.
Apa yang menarik mengenai PUMA HIjab, ia tampil dengan rekaan yang membolehkan si pemakai memasang fon telinga ataupun pelitup muka terus ke telinga tanpa perlu menyelak fabrik yang boleh mencetuskan ketidakselesaan sekiranya berada di kawasan awam.

Selain daripada rekaan berlubang pada bahagian tepi telinga juga, PUMA Hijab turut membawakan rekaan hijab yang melepasi bahagian dada. Dengan ini, anda boleh kekal trendy dan bergaya sewaktu bersukan namun dalam pada masa yang sama masih mengekalkan imej muslimah.
Menurut PUMA, produk ini juga direka dengan teliti bukan sahaja untuk kegunaan di trek, padang, gelanggang mahupun gim, malah ia juga sangat sesuai dipakai sebagai pakaian kasual harian yang bergaya dan selesa.

Bagi anda yang berminat, PUMA Hijab hanya menawarkan satu pilihan warna sahaja iaitu hitam. Manakala untuk saiz pula, anda boleh mendapatkan sama saiz S atau M. Jangan ketinggalan untuk kunjungi kedai edaran eksklusif Al-Ikhsan Sports atau platform atas-talian alikhsan.com pada harga RM89 sahaja