Carian
Implan Pergigian Segera: Penyelesaian Berdaya maju Untuk Penggantian Gigi
October 28, 2021 Dr Beh Wee Ren

Ramai di antara kita akan marah jika potongan rambut, penghantaran makanan atau pembelian barangan runcit mengambil masa lebih dari 6 bulan untuk disiapkan.

Oleh itu, sama juga untuk sesuatu yang asas dan penting seperti gigi yang mana ia perlu diganti dan dirawat dengan sentimen yang sama. Implan pergigian segera adalah prosedur yang semakin popular ynga mana implan – skru titanium akan digunakan untuk menggantikan akar gigi. Kemudian, gigi gantian akan dipasang dan ditetapkan dalam ruang duduk yang sama.

Implan pergigian segera ini dilihat menjadi pilihan ramai individu disebabkan ia menawarkan servis yang kos efektif selain tidak begitu menyakitkan dan juga hasil segera dengan prasyarat minimum.


Kepentingan Penjagaan Gigi – Perlaksanaan Implan Membantu Meningkatkan Kekuatan Gigi

Gigi kita adalah bahagian penting dalam badan kita kerana ia membantu dengan pengambilan makanan, membentuk wajah kita dan meningkatkan seri pada senyuman kita.

Tiada siapa yang mahu meneruskan hari mereka tanpa set gigi yang sempurna. Olehnitu dengan adanya servis implan segera, ia menawarkan penyelesaian yang cepat dan tahan lama.

Berbanding implan pergigian tradisional, servis implan segera merupakan pilihan yang praktikal sepenuhnya untuk penggantian gigi yang mana ia hanya memerlukan masa sekitar 3 hingga 6 bulan antara pengekstrakan dan implan. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada keadaan dan ketersediaan pesakit.


Seperti namanya, implan pergigian segera dilakukan sejurus selepas pengekstrakan gigi. Memandangkan ramai di antara kita bekerja dalam persekitaran kerja yang pantas, kita mungkin tidak dapat meluangkan masa untuk berbilang temu janji doktor gigi yang berasingan. Jadinya, menerusi prosedur ini, ia membolehkan bilangan temu jaji juga adalah minima.

Salah Tanggapan Mengenai Implan Pergigian Segera

Sebagai salah satu protokol rawatan yang baru, sudah tentu ia diakui terdapat banyak salah tanggapan dan salah faham terhadap rawatan tersebut. Saya tidak dapat menafikan bahawa saya mempunyai ramai pesakit yang masih enggan untuk mendapatkan implan pergigian segera kerana stereotaip, pantang larang, salah faham, dan kurang kesedaran umum terhadap rawatan.

Salah satu tanggapan salah yang paling biasa ialah implan pergigian segera adalah:

Implan Gigi Menyakitkan

Tanggapan ini merupakan salah satu sebab utama keengganan individu untuk mendapatkan implan.

Walaupun itu benar pada tahap tertentu, ketidakselesaan yang akan dialami seseorang dengan implan pergigian adalah sangat minimum berbanding dengan operasi lain seperti pengekstrakan gigi bungsu.

Apa yang lebih baik ialah pesakit hanya perlu melalui satu pusingan ketidakselesaan yang biasanya diselesaikan dalam beberapa jam juga daripada terpaksa menahan kesakitan pada dua kali berasingan.


Mengeluarkan Gigi Dan Mendapatkan Implan Pergigian Selepas Beberapa Hari

Satu lagi tanggapan salah ialah seseorang boleh mengeluarkan gigi dari satu tempat dan kemudian pergi untuk implan pergigian selepas beberapa hari. Perkara ini harus dielakkan sebagai implan pergigian segera, seperti namanya harus dilakukan sejurus selepas pengekstrakan untuk mengelakkan penyerapan ataupun penyembuhan tulang dan gusi.

Sebaik sahaja proses penyerapan bermula, biasanya agak sukar untuk menanam gigi kerana ia mungkin menyebabkan jangkitan atau mengganggu proses penyembuhan. Oleh itu, pesakit perlu mematuhi tempoh menunggu 3 hingga 6 bulan yang dinyatakan di atas untuk implan pergigian yang lebih tradisional.

Golongan Tua Tidak Boleh Memilih Implan Segera

Akhir sekali, tanggapan yang salah lain ialah hanya golongan muda yang harus memilih implan pergigian segera. Ini jauh dari kebenaran kerana prosedur tidak menimbulkan keperluan yang ketat.

Selagi seseorang itu memenuhi faktor yang diperlukan seperti ketumpatan tulang, kesihatan tisu lembut dan keupayaan untuk mengekalkan gigi baharu mereka, mereka layak menjalani pembedahan implan.

Faedah Dan Jenis Implan Pergigian Segera

Implan pergigian segera, seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelumnya, menimbulkan faedah objektif untuk pesakit. Antaranya masa merupakan kelebihan yang paling ketara.

Daripada perlu menunggu sehingga setengah tahun untuk gigi mereka, implan pergigian segera dilakukan di tempat kejadian, sejurus selepas pengekstrakan. Oleh itu, pesakit boleh pulang ke rumah dengan set lengkap gigi yang utuh.

Tambahan pula, disebabkan tempoh masa yang dikurangkan dengan ketara yang diperlukan untuk implan pergigian segera, margin untuk ralat juga berkurangan. Disebabkan jangka masa yang singkat, implan bercantum ke tulang dengan lebih baik dan membolehkan tisu lembut dan gusi pesakit sembuh dengan lebih cepat. Tambahan pula, implan membantu proses penyembuhan dengan menjauhkan bahan cemar dari soket pengekstrakan gigi.


Jenis-Jenis Implan Segera

Terdapat 3 jenis utama implan pergigian yang disediakan kepada orang ramai setakat ini termasuk:

  • implan mahkota gigi – menggantikan gigi tunggal (atau sangat sedikit)
  • implan jambatan gigi – penggantian gigi berurutan
  • implan gigi palsu – menggantikan semua gigi dengan menggunakan implan pergigian untuk mengekalkan dan menyokong satu set gigi palsu.

Sebagai seorang pengamal yang sangat menitikberatkan pergigian estetik, saya telah menekankan kepentingan mempunyai struktur gigi yang betul kerana ia akan menjejaskan bahagian badan yang lain juga. Gigi yang tidak sempurna bukan sahaja akan mengubah estetika struktur muka seseorang, tetapi juga menyebabkan masalah badan yang lain.

Setelah mengalami bahagian gigitan buruk saya pada masa muda saya, di mana rahang atas saya tidak sejajar kerana cabutan gigi lebih awal, saya mengalami sakit belakang, sakit bahu dan leher.

Oleh itu, saya mengambil jurusan pergigian untuk membantu mereka yang mengalami masalah yang sama. Hari ini, saya ingin menggesa lebih ramai pesakit untuk mengambil kira prosedur apabila melihat mendapatkan penggantian gigi.

Artikel disumbangkan oleh Dr Beh Wee Ren

Komen