Mengapakah kentang goreng yang anda beli dan makan di restoran makanan segera (fast food) cenderung lebih rangup berbanding kentang yang anda buat di rumah?

Ya, ia semuanya berkaitan dengan teknik masakan yang digunakan. Menurut Ron Douglas yang merupakan seorang pengarang American’s Most Wanted Recipes, kunci sebenar kepada tekstur rangup dan rapuh pada kentang adalah penggunaan serbuk penambah rasa iaitu monosodium glutamat (MSG).

Namun, ada juga yang menyatakan cara terbaik untuk mendapatkan kentang yang rangup adalah dengan memanaskan semula kentang goreng dengan kaedah sama ada menggoreng semula atau memasaknya di dalam ketuhar gelombang mikro.


Faktor Lain Yang Mempengaruhi Kerangupan Kentang Goreng

Kelebihan lain yang dimiliki oleh restoran ialah penggunaan peralatan mereka yang lebih ke hadapan. Hal ini kerana, kebanyakan kedai atau restoran biasanya mempunyai penggoreng gred komersial dengan kawalan suhu yang sangat tepat.

Oleh sebab itu, mereka mempunyai kelebihan dalam memastikan setiap gorengan mendapat pemanasan yang tepat selain dimasak pada waktu yang konsisten.

Bukan itu sahaja, jika anda ingin membuat kentang goreng di rumah, anda mungkin akan menggunakan minyak masak segar terus dari botol. Dan ternyata, minyak segar bukanlah minyak terbaik untuk digunakan untuk kentang goreng.


Apabila minyak dipanaskan, ia mula pecah. Dan minyak yang telah pecah sebenarnya menghasilkan kentang goreng yang lebih rangup berbanding minyak masak yang baru dan segar. Ia berkaitan dengan keberkesanan molekul minyak terikat dengan makanan dan minyak yang lebih segar tidak terikat juga.

Walau bagaimanapun, jika minyak masak tersebut telah pecah terlalu lama, ia mula berasap. Jadi, minyak yang terlalu baru bukanlah yang terbaik untuk mendapatkan gorengan yang rangup dan minyak yang terlalu lama juga pula akan menyebabkan kentang menjadi busuk dan hangit.


Penggunaan Teknik Blanching Ketika Menggoreng

Akhir sekali, ada sesetengah restoran yang mula dengan merebus kentang goreng di dalam air, kemudian membekukannya semula di dalam peti sejuk sebelum mula menggorengnya di dalam minyak panas.

Melaluinya, wap air dan kelembapan akan dikeluarkan dari permukaan makanan dan seterusnya akan menjadikannya lebih garing dan rangup. Jika anda perasan, makanan akan berbunyi seperti mendesis sekiranya ia masuk ke dalam minyak masak. Bunyi tersebut adalah proses yang mana penyahhidratan berlaku.

Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan teknik yang betul, anda masih boleh membuat kentang goreng yang lazat di rumah.

Sumber: RD