Carian
Inginkan Keyakinan Dalam Senyuman? Ini Adalah Penyelesaian Ortodontik
October 29, 2021 Lina Rosli

Straumann Group (SIX: STMN), peneraju global dalam bidang penggantian gigi dan penyelesaian ortodontik yang mengembalikan senyuman dan keyakinan, kini telah mula beroperasi di Malaysia. Produknya yang mempunyai kelebihan yang lebih meyakinkan berbanding rawatan konvensional direka untuk pemulihan estetik jangka panjang.

Straumann Group akan menawarkan penyelesaian implan Neodent dan Straumann yang membawakan sistem yang inovatif. Kumpulan syarikat ini yang terhubung kepada penyelesaian digital, perkhidmatan, kelengkapan rakan niaga dan pihak ketiga, menyediakan penyelesaian digital yang lancar seperti pengimbas dan aliran kerja untuk doktor gigi yang berfungsi mengoptimumkan hasil rawatan bagi para pesakit. Straumann bekerjasama dengan rangkaian saintifik global terbesar dalam mewujudkan ekosistem yang menerajui bidang pergigian estetik di negara ini. 

Ramai klinisian berpendapat bahawa implan pergigian adalah penyelesaian yang sewajarnya bagi menggantikan gigi yang sudah tiada. Implan pergigian lazimnya menghasilkan rawatan pemulihan yang berjaya dan tahan lama. Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Prosthodontics menunjukkan bahawa implan yang menyokong korona tunggal atau gigi palsu separuh mempunyai kadar ketahahan setinggi 92% pada tempoh 12 tahun dan implan juga diketahui umum sebagai salah satu alternatif yang terbaik untuk penggantian gigi kerana ia berfungsi seperti gigi sebenar.

 “Kesihatan oral dan estetik oral semakin dianggap sebagai satu kepentingan di kalangan pengguna pergigian. Daripada perspektif pesakit, pandangan terhadap implan adalah lebih kepada penggantian gigi dan bukannya sekadar implan,” kata Holger Haderer, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Unit Perniagaan Implantologi  Straumann Group. Di samping itu, kemajuan produk dan pergigian digital membawakan pemulihan implan yang boleh diramal hasilnya dengan padanan yang lebih baik dan tepat berbanding penggunaan aliran kerja tradisional. Prosedur yang dijalankan adalah lebih menyenangkan bagi pesakit dan membolehkan rawatan segera dibuat pada hari yang sama, yang juga lebih memudahkan  bagi semua.”

Walaupun penyakit oral lebih tersebar luas di kalangan rakyat Malaysia berbanding negara maju, situasi kini adalah lebih menggalakkan kerana pengetahuan mengenai kesihatan oral di kalangan rakyat negara ini telah meningkat, memandangkan mereka kini lebih tahu mengenai pelbagai pilihan rawatan serta faktor risiko bagi masalah pergigian.

Perubahan generasi juga mencerminkan perubahan sikap pengguna terhadap implan, di mana ramai di kalangan generasi ‘baby boomers’ (mereka yang lahir antara tahun 1946 dan 1964) yang telah mengalami masalah yang berterusan dengan rawatan menggunakan kaedah jambatan atau rawatan akar yang menemui kegagalan kini menganggap implan sebagai pilihan yang baik. Pada masa yang sama, Generasi X (mereka yang lahir antara tahun 1965 dan 1980) dan golongan millennial (mereka yang lahir dari tahun 1981 hingga 1996) menganggap kesihatan oral sebagai satu aspek penting dalam kesihatan mereka secara keseluruhannya.

“Straumann Group merupakan rakan pilihan di kalangan pembekal, pihak berkepentingan dan pesakit dalam bidang pergigian estetik di Malaysia sejak tahun 2004. Produk dan perkhidmatan kami telah berjaya di negara asal serta di negara-negara di mana ia beroperasi. Kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk kami memulakan operasi di Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua bagi Rantau Asia Pasifik, Straumann Group, Patrick Loh.

Patrick turut berkata, “Di Malaysia, amalan pergigian telah disesuaikan dengan baik dengan standard keselamatan baharu dan Kumpulan ini komited dalam menyediakan penyelesaian yang khusus kepada doktor gigi dan pesakit berasaskan rangkaian implan, prostetik, pendakap, material dan penyelesaian teknologi digital moden kami yang meluas. Sama ada anda menginginkan hasil estetik atasan, mempunyai masalah kesihatan tertentu, ingin  mendapatkan tempoh rawatan yang lebih pendek, memerlukan penggantian gigi tunggal atau keseluruhan gigi, penyelesaian ini kini boleh didapati di pusat amalan pergigian yang bekerjasama dengan kami.”

Penggunaan teknologi digital oleh Kumpulan ini bagi implan akan mempercepatkan perubahan dalam bidang rawatan pergigian. Satu lagi faktor pendorong penting di sebalik pertumbuhan dalam bidang pergigian adalah nilai yang diletakkan oleh pesakit pada gigi dan senyuman mereka, ditambah pula dengan adanya kemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan rawatan implan.

“Bila anda gabungkan faktor tersebut dengan penggunaan media sosial yang kian meluas, standard kecantikan semasa dan melihat diri kita sendiri dalam panggilan sidang video, kami perhatikan bahawa trend ini secara semulajadinya meningkatkan permintaan untuk penyelesaian pergigian estetik,” tambah Holger lagi.

Implan dari Straumann adalah pilihan yang bijak untuk golongan dewasa pada semua peringkat umur, sama ada bagi mereka yang sememangnya tidak mempunyai gigi atau kehilangan gigi akibat kecederaan, jangkitan atau kerosakan. Ia juga boleh dijadikan pilihan untuk golongan remaja, setelah selesai proses pertumbuhan dan perkembangan muka mereka. Secara umumnya, ini berlaku pada umur 16 tahun bagi remaja perempuan dan 18 tahun bagi remaja lelaki. Bagi pesakit muda, implan boleh dimasukkan sebaik sahaja rahang berhenti membesar. Sebaliknya, tiada had umur untuk mendapatkan implan, selagi tidak ada sebarang faktor risiko kesihatan yang signifikan dan sesuai untuk menerima rawatan implan.

Straumann Group berusaha untuk menghasilkan antara penyelesaian implan yang paling boleh diharap, pada masa yang sama bekerjasama dengan pakar-pakar pergigian untuk meningkatkan peluang bagi pesakit menjalani pemulihan dengan baik dan selesa. Kadar kejayaan implan pergigian adalah berbeza-beza, bergantung kepada tempat implan dimasukkan di rahang, tetapi secara umumnya implan pergigian mempunyai kadar kejayaan sehingga 97% hingga 100%*. Dengan penjagaan yang betul, implan boleh bertahan sepanjang hayat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Straumann Groups, sila layari www.straumann-group.com atau email [email protected]

Komen