Khusus buat penggemar jenama skuter ikonik dari Itali iaitu Vespa, nampaknya anda kini boleh mendapatkan skuter kegemaran anda dengan. lebih mudah melalui pembelian di Dreamshop.com.my.

Dreamshop merupakan sebuat platform edagang yang menempatkan lebih dari satu bilion produk. Menerusi kolaborasi bersama Vespa di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara atas talian menerusi pelan pembayaran ansuran mudah 0% berserta penawaran tambahan yang menarik.


Bagi anda yang berminat, sebanyak 11 buah bank yang menawarkan pelan ansuran tanpa faedah 0% di Dreamshop untuk pembelian Vespa. Selain itu, bagi setiap pembelian Vespa melalui Dreamshop juga, pelanggan akan menerima saguhati percuma bernilai RM 300 yang berupa kemeja T Vespa, Helmet Vespa dan Rantai Kunci Vespa. 

Berikut adalah 8 model Vespanyang kini tersedia untuk pembelian di Dreamshop:

  • Vespa Primavera 150 ABS Black Vulcano
  • Vespa Primavera 150 ABS Grey Materia
  • Vespa Primavera S150 ABS
  • Vespa Sprint 150 ABS
  • Vespa Sprint S 150 ABS
  • Vespa Sprint S150 TFT ABS
  • Vespa GTS Super Sport 300 HPE ABS
  • Vespa GTS 75TH 300 HPE ABS

Bukan itu sahaja, Vespa dan Dreamshop juga akan menganjurkan bazar oleh The Artisans Haven yang menyokong dan mempromosikan para artisan tempatan.Jualan mega ini akan diadakan pada 30 dan 31 Oktober di The LINC KL.