Carian
Seiko Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-140 – Hadir Dengan Jam Tangan Edisi Terhad Bertemakan Ginza
November 1, 2021 Lina Rosli

Ginza merupakan sebuah daerah yang sangat popular dalam kalangan individu untuk membeli-belah, mendapatkan makan yang variasi selain menampilkan hiburan yang paling terkenal di Tokyo. Di Ginza juga, anda boleh menerokai pelbagai gedung serbaneka, butik, galeri seni, restoran dan kafe yang dibuka setiap hari dalam seminggu.

Oleh itu, bersempena sambutan ulang tahun pelancaran Seiko yang ke-140, jenama jam tangan ini nampaknya kembali lagi dengan dua model jam tangan baru edisi terhad di bawah koleksi Seiko Prospex dan Presage. Ia adalah koleksi yang menggabungkan teknologi pembuatan jam tangan yang baik selain menampilkan seni bertemakan bandar Ginza yang penuh dengan keunikan dan juga bersejarah.


Dengan penawaran rekaan yang diilhamkan bandar Ginza, jam tangan ini membawakan banyak elemen penting di setiap sudut reka bentuknya. Antaranya adalah penampilan warna dalam tona biru-kelabu yang membangkitkan rasa kontemporari dari banyak bangunan moden dan menarik yang mentakrifkan Ginza. 

Malah untuk jam edisi terhad Prospex, ia menampilkan tafsiran semula moden jam tangan Alpinist 1959 yang diperkenalkan awal tahun ini. Corak dail yang rumit menggabungkan dua corak sinar matahari yang berbeza dan apabila sudut tontonan berubah, ia menghasilkan tera yang sentiasa berubah mengikut tekstur dan batu bulat Ginza.

Manakala untuk jarum detik memberi penghormatan kepada sejarah dan warna tradisional Jepun yang dinamakan sempena Jalan Komparu yang juga merupakan tempat hiburan malam Ginza. Warna biru dengan ton hijau lembut ini mula digunakan pada era Meiji pertengahan pada tahun 1868 sehingga 1912. Ia kemudiannya secara beransur-ansur menjadi warna yang popular dalam kalangan orang ramai dan kini menangkap ciri-ciri penting Seiko masa sekarang.


Bercerita mengenai teknologi jam yang ditampilkan pula, Seiko Presage edisi terhad hadir versi terbaru gear pergerakan 6R35 berprestasi tinggi yang dinamakan Caliber 6R35. Seperti Caliber 6R31, pergerakan ini memberikan rizab kuasa 70 jam dan berkongsi atribut prestasi yang sama namun tiada paparan tarikh.

Untuk muka jam pula, ia menggunakan kaca kristal dengan lapisan anti-reflektif yang mampu memberikan keterbacaan tinggi dari sudut mana pun. Bahagian belakang pameran menunjukkan pergerakan yang baik. Bukan itu sahaja, jam tangan ini juga dikatakan mempunyai ketahanan air sehingga 30 bar.

Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko Presage edisi terhad ini boleh mula didapati di butik jam tangan Seiko di seluruh Malaysia yang mana terhad kepada 3,500 utas sahaja. 

Komen