Bermula dari 25 Oktober sehingga 23 November 2021, anda berpeluang mendapatkan mangkuk tingkat edisi terhad Family Mart X Nestle bagi setiap pembelian produk Nestle bernilai sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit.


Penawaran eksklusif ini dilakukan bersempena sambutan ulang tahun Nestle yang ke-5 di Family Mart. Bekas makanan Family Mart X Nestle ini menampilkan corak lembut yang menggabungkan warna biru, merah jambu, hijau dan putih padanya.

Bagi anda yang berminat, dapatkan bekas makanan ini secara percuma di semua rangkaian Family Mart di seluruh Malaysia kecuali di IOI City Mall, Mid Valley, Sunway Medical, KLIA2 dan Genting Highlands. Bukan itu sahaja, syarat lain bagi menebus bekas makanan Family Mart X Nestle adalah pembelian haruslah dilakukan di rangkaian fizikal sahaja dan tidak tertakluk pada pembelian melalui platform atas-talian.