Carian
Tips Membersihkan Pembakar Roti – Elak Mencucinya Berdekatan Sinki
November 2, 2021 Lina Rosli

Roti bakar adalah hidangan ringkas yang boleh dinikmati untuk sarapan dan juga minum petang. Hal ini kerana, penyediaannya sangat mudah dan juga tidak memerlukan tempoh memasak yang panjang.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan pembakar roti terlalu kerap, pastinya akan ada kerak roti atau serpihan kecil yang tertinggal di dalamnya. Jika ia tidak dibersihkan dengan betul, ia akan meninggalkan kesan kotoran pada pembakar roti sekaligus turut akan menyebabkan pertumbuhan kulat di dalamnya.


Untuk pengetahuan anda, kotoran dan sisa yang tertinggal di dalam pembakar roti sebenarnya boleh menyebabkan kebakaran kecil. Malah, ia turut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan setiap kali anda menggunakan pembakar roti anda, lebih-lebih lagi jika anda sangat jarang membersihkannya.

Bagaimana Cara Untuk Membersihkan Pembakar Roti?

  1. Langkah pertama, sentiasa mencabut plag pembakar roti anda.
  2. Kemudian, cari dulang atau pinggan besar bagi mengeluarkan kotoran yang sukar dijangkau.
  3. Pegang pembakar roti di atas dulang dan goncangkannya dengan kuat untuk mengeluarkan serpihan dan kepingan kecil roti atau pastri yang mungkin tersangkut pada rak atau wayar pemanas. Goncangkan pembakar roti dalam kedudukan tegak dan terbalik.
  4. Setelah selesai mengeluarkan serpihan kecil roti, letak pembakar roti di atas meja dan gunakan berus botol kecil atau berus gigi bersih untuk membersihkan sebarang zarah makanan lain yang tertinggal. 
  5. Jika perlu, goncangkan pembakar roti di atas dulang sekali lagi untuk mengeluarkan serbuk yang tertanggal selepas memberus.
  6. Untuk membersihkan bahagian luar pembakar roti, gunakan berus untuk mengeluarkan serpihan yang tersangkut di bahagian luar. Selepas itu, lap kotoran dengan kain lembap dan keringkan dengan tuala bersih.
  7. Jika anda ingin membersihkan bahagian dalam, tetapkan tahap membakar kepada kitaran paling lama dan beroperasi sekali semasa kosong. 
  8. Kemudian kembalikan tetapan ke tahap membakar pilihan anda supaya anda tidak menghanguskan kepingan roti seterusnya secara tidak sengaja.
  9. Untuk ruang pemanas, anda boleh menggunakan tin udara termampat yang sama dengan yang telah anda gunakan untuk membersihkan papan kekunci komputer untuk masuk ke dalam celah-celahnya.

Cara Pengendalian Rutin Pembersihan Pembakar Roti Yang Betul

Semasa membersihkan dapur anda, pembakar roti selalunya menjadi antara perkakas dapur yang sering anda terlepas pandang untuk membersihkannya. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik disamping menjaga kualiti makanan anda, pastikan pembakar roti berada dalam bentuk yang baik melalui pembersihan yang lembut. Malah, anda juga boleh menambahkannya di dalam rutin pembersihan biasa anda.

Harus diingatkan juga, elakkan dari mengendalikan pembakar roti berhampiran sinki kerana ia berisiko terkena pada air dan seterusnya akan mengalirkan elektrik dan menimbulkan renjatan elektrik.

Bukan itu sahaja, kendalikan pembakar roti jauh dari sebarang kertas atau produk plastik berdekatan, yang boleh mula terbakar.

Jika pembakar roti mula terbakar, cabut plagnya sekiranya anda boleh mencapai soket elektrik dengan selamat. Padamkan api kecil dengan menuang baking soda ke atas api.

Sekiranya tidak boleh, gunakan alat pemadam api Kelas C atau alat pemadam pelbagai guna berlabel ABC. Ingat, jangan gunakan air kerana ia boleh merebakkan api. 

Komen