Rutin Penjagaan Kulit J-Beauty, Menggabungkan Inovasi Jepun Dan Bahan Semula Jadi Menerusi Meeth
Lina Rosli
J-Beauty yang juga dikenali sebagai kecantikan Jepun merujuk kepada pelbagai formulasi kosmetik dan penjagaan diri yang mana ia merangkumi kecantikan dari dalam diri dan juga penampilan wajah.
Untuk pengetahuan anda, rutin penjagaan kulit di Jepun sering dikaitkan dengan sejarah Geisha iaitu penghibur wanita tradisional Jepun. Hal ini kerana, para Geisha sangat menitikberatkan kehadiran kulit yang sempurna. Oleh itu, mereka mencipta ritual kecantikan khusus yang terdiri daripada rutin penjagaan kulit yang direka selari dengan pengambilan makanan yang meningkatkan kesihatan kulit.
Kini, selain K-Beauty, J-Beauty juga telah berkembang menjadi salah satu penentu arah aliran kecantikan yang berpengaruh di dunia. Ditambah pula dengan pengembangan eksport kosmetik Jepun di seluruh dunia, ia sedikit sebanyak telah memperlihatkan peningkatan dari segi permintaan produk J-Beauty.

Kehadiran Jenama J-Beauty Meeth Ke Pasaran Antarabangsa
Antara jenama J-Beauty yang perlu anda cuba adalah Meeth. Jenama Meeth menampilkan barisan produk penjagaan kulit Jepun yang mewah yang kini sudah di bertapak di beberapa buah negara termasuk Jepun, Taiwan, China, Singapura dan Malaysia.
Sebagai jenama J-beauty yang inovatif, Meeth menggabungkan inovasi Jepun yang canggih dengan bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi. Selari dengan falsafah penjagaan kulit meeth, mereka ingin hadir dengan produk yang menggunakan bahan-bahan lembut selain turut berkhasiat untuk kulit.
Di sebalik nama Meeth, ia membawa maksud “Saya Selamanya” dan ciptaan jenama itu berkisahkan kepada konsep bahawa “Kulit yang cantik adalah permata terbaik”.

Kebaikan Yang Ditampilkan Dalam Barisan Produk Meeth
Meeth mempunyai pendekatan mesra kulit serta lebih memfokuskan pada perkara yang sihat dan perkara yang benar-benar diperlukan kulit.
Setiap Meeth telah dicipta dengan teliti untuk menyelesaikan masalah kulit disampung menjaga kesihatan kulit untuk tempoh yang lebih lama tidak kira untuk lelaki dan wanita dari semua peringkat umur.
Malah, produk Meeth juga menggabungkan air yang tinggi dengan mineral yang diperoleh dari Sapporo dan Iwanai di Hokkaido. Bersama-samanya, Meeth turut dilengkapi sebatian seperti Fullerenes dan Pentavitin. Ini adalah bahan-bahan yang telah digunakan dalam penjagaan kulit untuk masa yang lama, tetapi keberkesanan bahan-bahan ini dalam produk penjagaan kulit kini telah dipertingkatkan oleh teknologi kontemporari yang digunakan oleh Meeth.
Berikut adalah barisan produk yang ditawarkan Meeth:
- Lifty Wash
- Morerich Essential Lotion
- Morerich Pack
- Minyak untuk kulit
- Silky Body Scrub

Meeth juga merancang dalam menjadi antara jenama yang mementingkan kelestarian dan menjaga alam sekitar demi generasi akan datang. Bagi kesemua ujian sampel yang dilakukan, Meeth tidak menjalankan sebarang bentuk ujian ke atas haiwan dalam pembuatan produknya, jadi anda tidak perlu risau akan kekejaman produk ke atas hidupan.