Carian
Bila Perlu Anda Gunakan Daun Herba Segar Atau Daun Herba Kering?
November 2, 2021 Lina Rosli

Sekiranya anda tidak menanam herba segar di taman ataupun di dalam pasu, maka membelinya di kedai runcit boleh menjadi mahal kerana anda perlu membelinya berulang kali setiap kali masak.

Apa yang menjadikannya lebih mahal adalah, anda hanya menggunakannya sedikit dan apabila disimpan ia mudah menjadi buruk dan layu. Oleh itu, tips penting yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan satu bekas penyimpanan khusus.


Bagaimana Untuk Memastikan Daun Herba Segar Lebih Lama?

Cara paling mudah untuk memastikan kesegaran lebih lama, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda praktikkan:

  1. Letak dan rendam daun herba di dalam air. Namun, anda perlu menukar air selepas beberapa hari jika air mula berubah warna. Kebiasaannya, daun pasli, ketumbar, selasih dan herba segar lain boleh bertahan sehingga 2 minggu atau lebih lama apabila disimpan dengan cara ini.
  2. Selain itu, anda juga boleh meletakkan daun herba segar di dalam bekas plastik dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Balutkkan juga dengan tuala kertas yang lembap bagi memastikan herba tidak kering dan akan mengekalkan kesegarannya sehingga 2 minggu.

Bilakah Anda Perlu Menggunakan Daun Herba Segar?

Jika anda ingin menyediakan hidangan yang segar seperti salad adalah penting untuk anda memilih daun-daun segar seperti basil dan selasih.

Untuk masakan berkuah seperti asam pedas, kari, kuah berkrim dan juga kuah sup juga biasanya akan memerlukan anda untuk mencampurkan daun herba segar ke dalamnya. Berikut adalah padanan hidangan berkuah dan daun herba yang diperlukan:

  • Kuah Asam Pedas – Daun Kesum
  • Kuah Kari – Daun Kari
  • Kuah Laksa – Daun Kesum, Daun Selasih, Bunga Kantan
  • Kuah Krim Bersusu – Daun Kari
  • Kuah Tomyam – Daun Ketumbar, Daun Limau Purut
  • Kuah Sup – Daun Sup, Daun Bawang

Daun herba jenis halus seperti pasli, tarragon dan kucai sentiasa lebih baik apabila segar kerana ia tidak menambah banyak rasa pada hidangan sekiranya kering. Ia juga terbaik apabila mentah atau dimasak selama beberapa minit sahaja.


Bilakah Anda Perlu Menggunakan Daun Herba Kering?

Untuk jenis gorengan ataupun masakan yang menggunakan minyak, daun herba kering adalah lebih sedap digunakan.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan daun herba seperti rosemary ke dalam ayam goreng untuk mendapatkan rasa yang lebih wangi. Selepas menggorengnya selama 10 atau 15 minit, semua minyak meruap sehingga menjadikan herba segar terasa segar.

Sesetengah herba kering mempunyai rasa yang lebih baik dan berbaloi untuk disimpan di pantri anda berbanding yang lain. Oregano, marjoram, thyme, rosemary, daun selom, daun kari dan biji ketumbar semuanya baik dikeringkan.

Apabila menggunakan rosemary kering, pastikan untuk memotong daun yang keras sebelum menambah resipi. Ambil perhatian bahawa herba kering kehilangan potensinya dari masa ke masa, dan harus dibuang selepas setahun.


Bolehkah Anda Menggantikan Daun Segar Kepada Daun Kering Atau Sebaliknya?

Peraturan umum untuk menukar daun herba kering dengan herba segar adalah menggunakan 1/3 daripada jumlah yang diperlukan dalam resipi. Jika resipi memerlukan 1 sudu besar rosemary segar, kemudian tambah 1 sudu teh rosemary kering ke dalam hidangan.

Ingat bahawa herba segar lebih baik ditambah pada akhir memasak atau selepas memasak. Herba kering, sebaliknya mendapat manfaat jika ditambah lebih awal untuk menaikkan rasa mereka dengan lebih baik.

Komen