Walaupun vaksin ini telah diberikan kepada lebih 90% populasi dewasa di Malaysia, namun anda masih perlu tetap mengamalkan langkah pencegahan kendiri pada setiap waktu. Malah, tabiat berkaitan pembersihan dan pembasmian kuman juga perlu dipertingkatkan.
Selain membersih dan mengelap perabot dan juga mencuci sarung kusyen dan juga langsir, anda perlu juga menghapuskan semua jenis kuman di dalam rumah anda. Bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti ini, Febreze memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu Febreze 2-in-1 Anti-Bac Spray.
Menurut Febreze, produk semburan 2-dalam-1 ini terbukti secara saintifik membunuh sehingga 99.9% bakteria dan virus. Malah, ia turut sesuai digunakan pada kedua-dua permukaan keras dan lembut.
Semburan Anti-Bac Febreze 2-dalam-1 juga menjanjikan penyelesaian mudah dalam membersih dan membasmi kuman di permukaan lembut dan berliang seperti fabrik, kusyen, sofa, langsir, permaidani dan banyak lagi.
Selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengurangkan potensi pencemaran bakteria dan virus melalui amalan sanitasi yang baik, setiap individu disarankan untuk mengekalkan persekitaran yang bersih tidak kira di ruang memasak, ruang bekerja atau ruang untuk istirehat.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Febreze 2-in-1 Anti-Bac Spray di semua pasaraya utama dalam dua saiz berbeza, iaitu 370ml berharga RM14.90 dan 800ml pula dijual pada harga RM29.90.
Selain itu, Febreze 2-in-1 Anti-Bac Spray juga didatangkan dalam tiga varian bau khas yang dinamakan Floral Blossom, Fresh Breeze dan Garden Bloom yang sesuai dalam memastikan rumah dan persekitarannya anda kekal bersih dan berbau segar.