Sejak pembukaan semula panggung wayang, pastinya ramai dalam kalangan individu yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton filem kegemaran mereka tidak kira bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Selari dengan inisiatif bagi merancakkan semula industri perfileman negara dan dunia, terdapat pelbagai idea yang telah dilaksanakan oleh pihak terlibat disamping masih terus mengekalkan kawalan yang ketat bagi memastikan pengurangan kadar keberjangkitan dan juga memberikan pengalaman yang selesa sewaktu menonton wayang.
Bahkan, bagi memberikan pengalaman yang baru dan unik di panggung wayang juga, kini Dadi Cinema Pavilion KL telah menjadi yang pertama di Malaysia dalam memperkenalkan pengalaman filem berbintang menerusi ruang wayang Star-Max Hall yang unik.
Selain di Pavilion KL, Star-Max Hall ini turut boleh dinikmatik di Da Men USJ. Ruang wayang ini menggunakan teknologi projektor laser terbaru dalam menghasilkan grafik filem yang jitu selain turut dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos menawarkan pengalaman audio bunyi sekeliling yang dipertingkatkan.
Rasai Pengalaman VIP Sewaktu Menonton Wayang Di Star+ Hall Yang Premium
Manjakan diri dengan pengalaman VIP yang tidak dapat dilupakan dengan melakukan tempahan tempat duduk di Star+ Hall yang premium.
Ia menampilkan tempat duduk kabin sandaran kulit kembar yang premium dan mewah disamping turut menawarkan pod pengecasan nirwayar dan butang panggilan perkhidmatan.
Malah, menerusi tiket Star+ juga, anda boleh mendapaykan akses ke ruang istirahat peribadi eksklusif Dadi Cinema untuk menikmati konsesi aliran percuma sebelum filem bermula.
Singgah Di Hit The Streets
Anda juga boleh berjalan-jalan di sepanjang jalan di Dadi Cinema Da Men USJ yang mana ia direka dengan tema jalanan yang penuh dengan papan tanda jalan, grafiti bangunan berwarna-warni serta mempamerkan pelbagi kenderaan yang sesuai untuk mengambil gambar sebelum dan selepas filem.
Pengalaman Mesra Kanak-Kanak
Di kedua-dua pusat beli-belah juga, Dadi Cinema turut menawarkan ruang wayang Lil Star yang mesra kanak-kanak, di mana kanak-kanak boleh menonton filem mereka di tempat duduk kanak-kanak yang disesuaikan dengan saiz mereka selain lengkap dengan kawasan permainan mini.
Tidak perlu risau, ibu bapa juga akan mempunyai ruang duduk bersaiz dewasa di ruang wayang yang mesra kanak-kanak.!
Snek dan Minuman Filem yang Lazat
Perjalanan ke pawagam tidak lengkap tanpa bertih jagung dan makanan ringan yang lazat. Sama ada popcorn, nuget ayam, kerepek atau minuman yang menyegarkan, anda boleh mendapatkannya sebelum menonton filem anda di gerai konsesi Dadi Cinema.
Bagi yang berminat, anda boleh mula mendaftar untuk kad keahlian Dadi Cinema U+ untuk menikmati diskaun dan tawaran istimewa di semua cawangan Dadi Cinema.
Selain itu, tempah juga tiket wayang secara atas-talian ataupun melalui aplikasi Dadi Cinema di Google Play Store dan App Store. Tiada masalah, anda juga boleh beli di kaunter atau kiosk tiket yang terletak di panggung wayang.
Harus diingatkan bahawa setiap lemasukan hanya dibenarkan kepada pelanggan yang telah divaksin sepenuhnya. Pelanggan perlu mengemukakan Sijil Digital MySejahtera sebelum memasuki dewan pawagam.