Bugatti adalah antara jenama kereta mewah yang terkemuka di dunia. Selain Rolls Royce, jenama Bugatti telahpun memperkenalkan beberapa model kereta mewah di pasaran dan turut tersenarai dalam senarai kereta termahal di dunia.

Menurut laman Motor 1, 5 daripada 20 senarai kereta mewah yang telah dikeluarkan di dunia, nama Bugatti muncul sebanyak 5 kali yang menampilkan model-model kereta sport mereka termasuk:

  • Bugatti La Voiture Noire – $18.7 Juta
  • Bugatti Centodieci – $9.0 Juta
  • Bugatti Chiron Super Sport – $3.9 Juta
  • Bugatti Chiron Pur Sport – $3.6 Juta
  • Bugatti Bolide – $3.0 Juta

Kereta Paling Mahal Di Dunia Adalah Dari Bugatti Iaitu – Bugatti La Voiture Noire

Bugatti La Voiture Noire telah dilancarkan di Geneva Motor Show pada Mac tahun 2021. Ia menampilkan reka bentuk yang sempuna sesuai dengan pengeluaran bersempena ulang tahun ke-110 Bugatti.

Menjadikan kereta mewah Bugatti La Voiture Noire lebih eksklusif, ia hanya dijual satu unit sahaja di dunia. Setakat ini, mereka tidak mendedahkan nama pembeli dan sekadar mendedahkan jumlah yang dibeli iaitu lebih daripada $18 Juta termasuk cukai. Hasil daripadanya, Bugatti La Voiture Noire telah menjadi kereta baru paling mahal sepanjang masa.


Secara simboliknya, nama La Voiture Noire dalam bahasa Perancis bermaksud kereta hitam. Berbeza dengan kereta mewah lain, Bugatti La Voiture Noire diperbuat daripada gentian karbon. Malah secara luarannya, kereta ini seolah-olah tidak ada bahagian yang berasingan kerana ia menampilkan bampar bercantum ke dalam badan dan cermin depan.


Menurut Bugatti juga, reka bentuk Noire adalah reka bentuk moden untuk Bugatti Type 57 SC Atlantic dari tahun 1930-an. Kenderaan ini dicipta khusus untuk peminat Bugatti yang sangat menggemari rekaan Atlantik. Ia juga diperkenalkan menerusi konsep limosin mewah yang mana Bugatti ingin membawa pengalaman perjalanan yang unik dan berharga kepada penggunanya.

Mengapa Jenama Bugatti Mewah Dan Mahal?

Di samping menampilkan kereta dengan rekaan dan binaan yang premium dan mewah, kereta yang dikeluarkan Bugatti juga membawakan teknologi yang baru dan tinggi.


Bagi setiap elemen yang disertakan, ia menggabungkan kenangan kepada sejarahnya dan teknologi yang paling inovatif. Disebabkan itu juga, ia menjadikan setiap model kereta Bugatti adalah ciptaan yang unik dengan nilai berkekalan selain menampilkan pencapaian automotif yang menakjubkan.

Maka, tidak hairanlah mengapa kebanyakan kereta Bugatti ditawarkan pada harga yang tinggi. Sebagai contoh, Bugatti Chiron Sport menawarkan kapasiti berat yang sangat ringan yang mana ia hanya bernilai seberat 2 tan sahaja menjadikannya antara kereta yang terpantas di dunia.


Untuk pengetahuan anda juga, Bugatti Chiron Super Sport 300+ yang dikeluarkan pada tahun 2021 mempunyai kelajuan tertinggi 420km/j (263mph). Malah, menurut pengeluar juga, kereta tersebut  boleh mencapai kelajuan sehingga 483km/j bersamaan dengan 300mph. Walau pada meter 0km/j, ia boleh terus memecut kepada 100km/j dalam masa 2.4 saat, sementara pecutan kepada 300km/j pula boleh dilakukan dalam 13.6 saat.

Dengan prestasi kelajuan yang memberangsangkan telah ditampilkan, nampaknya ia sudah cukup jelas menunjukkan bahawa kereta yang dikeluarkan Bugatti adalah bernilai tinggi dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Sumber: Bugatti Motor1 Mansworldindia