Carian
Kembalikan Senyuman Penuh Yakin – Straumann Group Tawar Penyelesaian Ortodontik
November 5, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda, rawatan ortodontik membantu memastikan fungsi gigi yang betul dan mencipta senyuman yang sihat. Malah, ia turut menghasilkan gigitan yang baik yang mana turut akan memudahkan anda mengunyah makanan yang dihancurkan dan juga menjelaskan bait perkataan yang dituturkan ketika bercakap.

Untuk pengetahuan anda, gigi yang tidak sejajar lebih sukar dibersihkan dan boleh menyebabkan penggunaan enamel gigi yang tidak normal sekalogus boleh menyebabkan prosedur pergigian yang meluas dan mahal.

Di Malaysia, amalan pergigian telah disesuaikan dengan baik mengikut keperluan keselamatan baharu. Namun, ia masih belum diadaptasi dengan meluas dan banyak tertumpu di bandar-bandar besar.


Straumann Group Hadir Dengan Penyelesaian Ortodontik Menggunakan Teknologi Moden

Oleh itu, Straumann Group iaitu peneraju global dalam bidang penggantian gigi dan penyelesaian ortodontik kini hadir dengan inisiatif yang membantu individu di Malaysia mendapatkan kembali keindahan sehuman senyuman dan keyakinan dalam pertuturan.

Inisiaitif yang ditawarkan katanya adalah lebih meyakinkan berbanding rawatan konvensional selain direka untuk pemulihan estetik jangka panjang. Selain rawatan yang bersesuaian, Straumann turut menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk rakan niaga dengan memperkenalkan penyelesaian digital seperti pengimbas moden untuk doktor gigi yang berfungsi dalam mengoptimumkan hasil rawatan untuk para pesakit.

Jadinya, bagi anda yang menginginkan hasil untuk ortodontik yang baik, terdapat beberapa servis yang boleh didapati di pusat rawatan Straumann. Apa yang menarik juga, jenama ini turut menawarkan tempoh rawatan yang lebih pendek untuk individu yang memerlukan penggantian gigi tunggal atau keseluruhan gigi.


Siapakah Yang Sesuai Mendapatkan Rawatan Implan Di Straumann Group?

Usah risau, implan dari Straumann juga boleh digunakan oleh golongan dewasa pada semua peringkat umur, sama ada bagi mereka yang sememangnya tidak mempunyai gigi atau kehilangan gigi akibat kecederaan, jangkitan atau kerosakan.

Bagi pesakit muda, implan boleh dimasukkan sebaik sahaja rahang berhenti membesar. Sebaliknya, tiada had umur untuk mendapatkan implan, selagi tidak ada sebarang faktor risiko kesihatan yang signifikan dan sesuai untuk menerima rawatan implan.

Dengan kehadiran kerjasama dengan pakar-pakar pergigian dari seluruh Malaysia, Straumann Group dijangka dapat meningkatkan peluang kepada pesakit dalam menjalani pemulihan dengan baik dan selesa. Namun, harus diingatkan, kadar kejayaan implan pergigian adalah berbeza-beza bergantung kepada tempat operasi implan. Dengan penjagaan yang betul, implan boleh bertahan sepanjang hayat.

Komen