Carian
HABIB Menampilkan Cincin Batu Permata Rerama Indah – Menggabungkan Elemen Flora, Fauna
November 5, 2021 Lina Rosli

HABIB Jewels terkenal dalam menampilkan koleksi barang kemas dan juga aksesori perhiasan yang hadir dengan ciri seni yang halus dari Malaysia. Jenama ini diasaskan bagi meraikan sesuatu berita gembira ataupun menandakan satu detik istimewa dengan cara mendapatkan set barang perhiasa untuk diri.

Untuk koleksi terbaru daripads HABIB, jenama ini menawarkan barang kemas yang menggabungkan elemen flora dan fauna yang direka dengan sangat minimalis. Ditambah lagi dengan rekaan cincin batu permata unik, ia telah menjadikan koleksi cincin Batu Permata Perama Indah dari HABIB ini, antara pilihan yang sesuai sekiranya anda menggemari cincin berkualiti premium dengan gaya moden kotemporari.


Bukan itu sahaja, cincin Batu Permata Perama Indah juga memberi ilusi jari runcing kepada pemakainya dengan rekaan rerama seakan bunga yang melingkar indah pada jari jemari.

Koleksi cincin ini juga memperlihatkan dua pilihan warna bagi batu permata safir indah iaitu biru atau merah jambu. Jadinya, anda boleh memiliki dua gaya yang berbeza selain turut dapat menyerlahkan keayuan dalam penampilan harian dengan rekaan halus dan elegan.

Komen