Mainan nampaknya semakin lama semakin bertambah dari masa ke semasa selari dnegan perkembangan umur anak-anak anda. Anda akan mendpaati pertambahan maianan ini menjadi satu maslah yang besar apabila anda mula mendapati tiada ruang yang mencukupi untuk menyimpan mainan anak-anak anda di dalam bilik atau kotak mainan mereka.
Seperti yang anda ketahui, sekiranya mainan ini tidak digunakan lagi, sudah tentu ia perlu dihapuskan sama ada dengan cara dijual atau dikumpulkan ke tapak kitar semula. Hal ini kerana, ianya hanya sekadar mengambil ruang dan tidak mendatangkan keuntungan sekiranya ia dibiarkan sahaja.
Tetapi persoalannya, bagaimana boleh anda menjual atau mengitar semula mainan terpakai ini? Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anada beberapa kawasan kitar semula mainan yang boleh anda kunjungi:
CRC Box, Jalan Tun Razak
Di CRC Box, mereka mengumpulkan pakaian dan peralatan rumah yang akan disumbangkan dan dihantar terus ke rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.
Sementara, bagi barangan kitar semula lain seperti kertas, kaca, plastik dan logam pula akan diasingkan di lokasi pengasingan CRC untuk dijual bagi menambah dana CRC.
Untuk keseluruhan jumlah yang diterima daripada jualan barangan sumbangan pula akan digunakan untuk memenuhi senarai permintaan dan keperluan rumah kebajikan dan projek sekolah serta akan diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Lokasi CRC BOX
Kotak Sumbangan MAKNA, Damansara Height
Majlis Kanser Kebangsaan hadir dengan inisiatif Kotak Sumbangan MAKNA yang terletak di Damansara Heights dan beberapa kawasan lain. Melaluinya anda boleh melakukan sumbangan mainan anak-anak anda jenis lembut.
Kesemua barangan ini kemudiannya akan disumbangkan dan dijual yang mana hasilnya akan disalurkan kepada 3 badan amal MAKNA, Persatuan Kanak-Kanak Buta dan Spastik Malaysia Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Untuk hadir dengan sumbangan: 1300–22–2258
Jumble Station, Jaya One
Di Stesen Jumble, anda boleh melakukan sumbangan pakaian, mainan, buku, barangan digital yang mana hasil jualan sumbangan akan disalurkan ke dalam dana untuk ibu bapa tunggal di Malaysia.
Jika anda kunjungi ke kedai ini, terdapat sudut kecil yang menjual buku terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai. Dapat tiga buku pada harga RM10, dua pada harga RM8 dan satu pula berharga RM5.
Lokasi: Jumble Station Jaya One, Angsana Flats, F1-01-05, Persiaran Subang Mewah, USJ 1, 47620, Subang Jaya
Toymanic
Bagi anda yang mempunyai mainan atau figura eksklusif yang ingin dijual, anda mungkin boleh mengunjungi ke laman atas-talian Toymanic.com.
Di laman ini, ia menyediakan ruang untuk para pengumpul mainan terpakai atau baharu berjual beli yang mana boleh diakses oleh penduduk tempatan di seluruh Malaysia. Ia juga akan menghubungkan pelanggan dan penjual menerusi senarai yang ditampil pada halaman utama Toymanic.
Pautan untuk mula menjual: Toymanic
Carousell
Anda juga mungkin berminat untuk menjualnya di laman edagang Carousell. Selain daripada menawarkan jualan pakaian, kelengkapan rumah dan gajet, Carousell juga membolehkan anda untuk melakukan jual beli mainan.
Apa yang menarik, selain daripada menggunakan pembayaran menggunakan melalui perbankan atas-talian, anda juga boleh menggunakan dompet Carousell Pay yang mana ia menawarkan jaminan pembayaran yang lebih selamat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nilai yang besar.
Pautan untuk mula menjual: Carousell
Jadi berikut adalah senarai lokasi yang boleh anda lakukan sumbangan bermula hari ini. Daripada membuang pakaian dan mainan lama anak anda atau menyimpannya di ruang simpanan anda, anda mungkin boleh dermakan barang tersebut dan dalam pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukannya.
Dengan ini, mereka akan menggunakan pakaian dan mainan ini semula dan ia akan membawa senyuman ke wajah mereka. Malah, anda juga boleh mendapatkan semula ruang storan dan memberi laluan kepada item baharu untuk anak anda.