Berenang ialah aktiviti menyeluruh yang baik kerana ia mengekalkan kadar denyutan jantung, membina daya tahan, kekuatan otot dan kecergasan kardiovaskular. Malah, dengan berenang juga ia dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang serta menjadikan keadaan jantung dan paru-paru lebih sihat.
Memandangkan Malaysia sudah mencapai lebih daripada 90% kadar vaksinasi dalam kalangan orang dewasa dan juga peralihan kita ke fasa endemik, pihak kerajaan telah mengumumkan kelonggaran sekatan yang membolehkan rakyat Malaysia menjalankan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan luar dan separuh tutup seperti aktiviti berenang.

Namun, dengan kebenaran dan kelonggaran sekatan yang telah diberikan, adalah penting untuk anda memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang melakukan aktiviti tidak kira sama ada untuk diri ataupun orang di sekeliling.
Pematuhan SOP adalah satu keperluan, tetapi langkah penjagaan kebersihan yang lain turut perlu dilakukan terutamanya di kawasan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh berjangkit melalui air semasa berenang. Walaupun virus ini tidak terbukti sebagai penyakit bawaan air dan tidak mungkin merebak di kalangan manusia melalui aktiviti rekreasi air, garis panduan keselamatan dan sanitasi kolam yang betul tetap menjadi keutamaan.
Untuk mengekalkan persekitaran air yang steril untuk kolam renang terutamanya kolam awam, pembersihan menyeluruh, penapisan dan sanitasi adalah keperluan terpenting untuk melindungi diri kita daripada kuman dan bakteria yang merbahaya.
Kepentingan Pembersihan Kolam Secara Berkala
Bagi memastikan kolam bersih daripada koytoran dan juga bahan kimia berbahaya, Waterco menawarkan sistem sanitasi yang berupaya dalam memastikan persekitaran air yang selamat dan sihat selain membantu individu dalam menyesuaikan tahap klorin mengikut standard yang selamat dan bersih untuk perenang
Bukan itu sahaja, walaupun air kolam itu sendiri agak selamat dengan pembasmian kuman yang betul, ianya penting untuk diingatkan bahawa terdapat risiko untuk jangkitan virus melalui titisan salur pernafasan apabila berada di tempat yang sesak akibat hubungan kontak rapat.
Oleh itu, pengusaha kolam renang perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di dalam dan di luar kolam renang bagi memastikan keselamatan perenang dan kakitangan operasi.
Langkah Berjaga-Jaga Sewaktu Melakukan Aktiviti Berenang
Bagi anda yang merancang untuk berenang, anda perlulah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan ke atas semua. Amalkanlah beberapa langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri dan orang ramai di kolam renang.
Bawa bersama sanitiser tangan dan tisu sanitasi
Apabila berada di ruang awam, ia agak sukar bagi kita untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang terdedah.
Oleh itu, kita perlu mengekalkan kebersihan tangan sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan dengan cara mengamalkan tabiat membasuh tangan selepas menyentuh apa-apa permukaan atau objek di kolam renang, seperti pemegang tangga.
Selain daripada penggunaan sanitiser tangan, anda juga dinasihatkan untuk lap meja dan kerusi menggunakan tisu sanitasi. Tidak ada salahnya untuk lebih berhati-hati demi kesihatan diri.
Bawa set peralatan renang anda sendiri
Malah, ketika berenang juga adalah sukar untuk mengelak daripada menyentuh hidung, mata dan mulut dengan tangan anda. Jadinya, anda disyorkan untuk membawa peralatan renang sendiri seperti gogal, papan tendang, pelampung dan sebagainya.
Elakkan daripada meminjam peralatan dan kelengkapan renang daripada orang lain. Memandangkan virus COVID-19 mampu menular melalui titisan salur pernafasan dan permukaan yang dikongsi, ia tidak selamat untuk berkongsi peralatan dengan mereka yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama

Penjarakan sosial di dalam kolam
Penjarakan sosial perlu dikekalkan di dalam dan di luar kolam pada norma baharu ini. Sambil kita berseronok di dalam kolam, kita perlu memberi perhatian kepada penjarakan sekurang-kurangnya enam kaki antara orang di sekeliling pada setiap masa.
Anda juga boleh menghubungi pasukan pengurusan kolam terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang SOP dan had kapasiti mereka. Dengan maklumat yang diperoleh, anda boleh membuat keputusan mengikut tahap keyakinan anda. Untuk menikmati keseronokan bersama rakan dan keluarga tanpa rasa bimbang tentang kontak rapat dengan orang yang tidak dikenali, anda dinasihati untuk menempah slot untuk ke kolam persendirian demi persekitaran yang lebih selamat.
Pakai pelitup muka apabila di luar kolam
Pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan yang sesak dapat mengurangkan risiko jangkitan sambil mengelak penularan virus. Walaupun kita sudah hampir dua tahun hidup bersama kehadiran virus ini, ramai yang kadang-kadang terlupa untuk memakai pelitup muka.
Walaupun anda tidak boleh memakai pelitup muka di dalam kolam, pastikan anda memakainya setiap kali anda berada di luar kolam untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pembendungan penularan wabak COVID-19 memerlukan usaha semua pihak. Tidak dinafikan, pihak berkuasa dan pengusaha kolam renang telah pun mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan keselamatan kolam. Tetapi, semua individu juga harus memainkan peranan dan bekerjasama ketika melawat kolam demi keselamatan diri tanpa perlu menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.