Gula dikatakan mempunyai kesan ke atas otak sama seperti dadah yang mana ia adalah disebabkan oleh pengaktifan dopamin. Jadinya, apabila berlakunya pengaktifan sistem dopamin mesolimbik yang kerap, ia akan membawa kepada penyesuaian otak kepada rangsangan.
Proses ini dipanggil neuroplasticity dan jika ia melibatkan pengambilan gula, kita akan mula berasa tidak selesa jika mengambil jumlah gula yang sama. Untuk mengaktifkan sistem, kita perlu meningkatkan pengambilan gula untuk mendapatkan rangsangan dopamin yang sama seperti sebelum ini.
Mengapa Pengaktifan Dopamin Boleh Menyebabkan Anda Ketagihan Gula?
Menurut kajian, peningkatan dopamin dapat diaktifkan oleh pelbagai pengalaman yang menyenangkan seperti makan, sewaktu hati berasa girang, mendengar muzik, mendapatkan wang dan menonton televisyen.
Untuk pengetahuan anda, dopamin adalah kimia otak yang dikeluarkan oleh neuron dan boleh memberi isyarat bahawa satu peristiwa adalah positif. Selepas itu, apabila berlakunya sesuatu perkara yang telah mencetuskan isyarat berkenaan, ia menjadikan tubuh anda mencari sesuatu yang boleh ditukar sebagai ganjaran kepada diri.
Di tambah lagi dengan kemudahan pada persekitaran kita hari ini yang banyak disajikan dengan makanan manis, maka ia menjadikan individu cenderung untuk menikmati kategori makanan ini bagi memberi ganjaran selepas sesuatu acara berlaku.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Ketagihan Kepada Gula?
Keinginan dan ketagihan ke atas gula selalunya hasil daripada rasa nyaman yang diperoleh selepas makan dari masa ke semasa. Apabila kita makan gula, insulin naik ke bahagian primitif otak yang merupakan laluan ganjaran dalam tubuh kita. Ini menyebabkan peningkatan dalam pembebasan dopamin yang membuatkan kita berasa gembira dan mengubah tingkah laku mendapatkan gula hanya ketika rasa gembira menjadi satu tabiat makan yang buruk dan berlebihan.
Menukar Pengambilan Coklat Kepada Snek Sihat
Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menukar atau mencuba tabiat pengganti yang sihat. Anda disarankan untuk memprogram semula otak anda dengan cara memulakan gaya hidup sihat seperti memberi ganjaran kepada diri menerusi penyediaan makanan dan snek yang baik untuk kesihatan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan coklat, anda mungkin boleh mencari koko yang diperbuat daripada 70 peratus coklat gelap koko. Melaluinya, anda boleh memuaskan keinginan tanpa menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan risiko kerosakan gigi.
Kekalkan Diet Yang Seimbang
Tidak cukup makan atau tidak mengekalkan diet seimbang adalah beberapa sebab mengapa badan anda mungkin tidak mengeluarkan ghrelin yang mencukupi. Akibatnya, anda akan mudah berasa lapar dan lebih kerap mencari makanan yang ringan.
Selain itu, untuk memastikan gula darah anda seimbang, anda disyorkan makan jumlah protein yang sihat dan makanan berserat tinggi. Dengan ini, ia akan memberi anda bahan api yang anda perlukan tanpa peningkatan gula dalam darah.
Menguruskan Tahap Kebimbangan Dan Tekanan
Jika anda pernah terfikir mengapa anda mungkin berasa seperti anda perlu menikmati aiskrim selepas hari yang sukar, itu mungkin ada kaitan dengan tahap serotonin anda.
Serotonin membantu mengawal suasana hati. Jikalau ia rendah, ia akan menyebabkan keinginan gula selain turut meninginkan diet yang kaya dengan makanan manis bagi meningkatkan suasana hati dan mengurangkan kebimbangan.
Untuk mengurangkan kebergantungan kepada gula dan makanan manis, anda seharusnya mengurus hormon kortisol anda. Sekirannya ia meningkat, ia akan menyebabkan anda lebih lapar sekaligus mendorong keinginan gula. Oleh itu, adalah lebih baika anda berlatih yoga, bermeditasi, mendengar muzik atau cuba mempelajari teknik relaksasi yang lain untuk menguruskan tekanan.
Anda juga tidak digalakkan untuk bersenam dalam durasi dua hingga tiga jam sebelum tidur. Hal ini dapat memberikan anda tidur yang lebih lena pada waktu malam. Jika anda masih menghadapi masalah untuk tidur atau terus tidur, anda mungkin mengalami insomnia dan berbincanglah dengan doktor anda kerana mereka mungkin boleh memberi ubat tambahan.
Dapatkan Nasihat Pakar Sekiranya Anda Mengalami Ketagihan Gula Kronik
Akhir sekali, jika anda mendapati diri anda berasa pening tanpa gula, atau mengidam secara kronik, anda juga perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar. Hal ini kerana, ia mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan gula dalam darah seperti hipoglikemia.
Sekiranya Apabila badan anda kekurangan mineral tertentu yang terlibat dalam mengawal tahap insulin, itu juga boleh menjejaskan keinginan anda untuk gula-gula. Sebagai contoh, apabila badan kita tidak mendapat magnesium yang mencukupi, ia akan menghadapi masalah membawa tenaga ke dalam sel dan mengidamkan gula untuk membantu meningkatkan tahap tenaga.
Sumber: Science Alert