Bagi anda ingin mengembara dan melancong di sekitar Semenanjung Malaysia sambil memandu kereta yang lebih besar dan selesa, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan tempahan kereta kegemaran anda di SOCAR.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan SOCAR sebelum ini hanyalah tertumpu pada kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan di Malaysia sahaja. Namun selepas beberapa tahun ia diperkenalkan, platform perkongsian kereta SOCAR kini memperluaskan perkhidmatan SOCAR-2-YOU di Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia.

Melaluinya, terdapat lebih daripada 2,000 kenderaan yang terdiri daripada 36 model berbeza kini boleh digunakan pengguna tanpa perlu melakukan tempahan dan pesanan secara bersemuka. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi SOCAR baharu dan daftar akaun anda bermula hari ini.
Tempahan kereta di SOCAR menampilkan ciri-ciri keselamatan yang baik di samping memberikan kepada pengguna pengalaman penggunaan yang berbaloi.
Berikut adalah beberapa kawasan liputan SOCAR yang terkini:
- Lembah Klang – Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Shah Alam, Kota Kemuning, Setia Alam dan Klang.
- Pulau Pinang – Gelugor, Tanjung Tokong, Jelutong dan Air Itam.
- Johor – Johor Jaya dan Pasir Gudang.
- Perak – Ipoh
- Melaka

Dengan lebih banyak pihak boleh menikmati kemudahan ini, tiba masa bagi rakyat Malaysia merancang untuk balik kampung atau bercuti dengan menikmati promosi terkini SOCAR.
Lakukan tempahan pemanduan selama minimum 2 hari bagi menikmati potongan RM150 dengan menggunakan kod ‘CUTI150’. Apa yang menarik juga, promosi ini tidak menampilkan sebarang had penggunaan yang mana ia boleh ditebus lebih daripada sekali dan digunakan semula untuk semua pengembaraan anda. Namun, kod promosi tidak boleh digunakan untuk model kereta MINI dan BMW.

Muat turun aplikasi SOCAR di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR bagi mengetahui promosi dan tawaran-tawaran terkini daripada SOCAR.