Nikmati tawaran hebat dan hadiah percuma bersempena dengan aJualan Zalora 11.11. Kempen ini diadakan bermula 1 November sehingga 14 November yang melibatkan pelbagai jenama terkenal di dalam kategori pakaian, aksesori, kasut, sukan, kanak-kanak dan gaya hidup.
Berikut adalah senarai promosi dan diskaun yang boleh anda nikmati bermula hari ini:

Jualan Kilat 12 November – Aksesori & Barang Perhiasan
Dapatkan barangan dari Milliot & Co, Stuhrling Originals, Fiorelli dan Le Specs pada harga yang lebih murah dan terima potongan harga ehingga 50%.
Jualan Zalora 11.11 – Tambahan Diskaun Kepada Semua Pelanggan
Selain jualan kilat biasa, Zalora turut menawarkan penambahan diskaun dalam bentuk baucar bersaiz besar dan pulangan tunai pembeli semasa Jualan ZALORA 11.11.
Bagi anda yang gemar mendapatkan diskaun yang berbaloi, jangan lupa untuk mengikuti kemaskini secara lanjut pada akaun media sosial ZALORA. Bersempena Jualan ZALORA 11.11 juga akan menganjurkan satu siri program strim langsung di Z-Live yang mana pelbagai jenama menawarkan tawaran baucar kilat, hadiah eksklusif dan sorotan istimewa mengenai produk.

Antara jenama yang terlibat termasuklah Laneige, Adidas, Vans, Converse, Puma dan banyak lagi. Menerusinya, anda boleh memperoleh kod baucar secara langsung di rancangan Z-Live.
Malah, bagi anda yang menyertai program komuniti pempengaruh Zalora juga, maka ini adalah peluang terbaik bagi anda menjana pendapatan besar di Jualan ZALORA 11.11 ini. Jika belum menyertai program ini, anda juga boleh mula mendaftar Program Pengaruh Komuniti di www.zalora.com.my/influencer.