Selepas pengenalan makanan berasaskan tumbuhan, kini IKEA kembali menampilkan menu baru untuk hidangan yang ditawarkan di Bistro IKEA.

Bertemakan warrna hitam, IKEA menampilkan pilihan aiskrim dan roti sosej yang baharu iaitu Charcoal Chicken Sausage & Charcoal Caramel Soft Serve. Ia dihasilkan daripada rauan arang, namun dikatakan tidak mempunyai sebarang rasa arang yang pelik dan mencurigakan.

Menurut pengunjung yang telah mencubanya, saiz sosej yang ditampilkan pada Charcoal Chicken Sausage adalah lebih besar dan panjang berbanding versi biasa selain ia turut dihidangkan bersama sos keju dan cili pada bahagian atas sosej.


Kedua-dua menu ini ditawarkan pada tempoh yang terhad iaitu sehingga 31 Disember 2021 sahaja. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hidangan kegemaran anda pada harga yang tertera:

  • Charcoal Chicken Sausage – RM3.90
  • Charcoal Caramel Soft Serve – RM1.90

Untuk penegtahuan anda, semua restoran, bistro dan kafe IKEA kini telah dibuka sepenuhnya. Jadi anda boleh berkunjung ke rangkaian berdekatan ataupun anda juga boleh melakukan pesanan secara atas-talian melalui aplikasi BungkusIt dan Foodpanda, ataupun anda juga boleh memilih untuk bawa pulang atau pesan dan ambil mengikut SOP.

Sumber: IKEA