Pemilihan tilam sebenarnya bergantung kepada keperluan anda. Hal ini kerana, setiap kali anda berbaring di atas tilam, adalah penting untuk anda memastikan keselesaan dan juga kesesuaiannya ke atas badan anda.
Jikalau anda memilih tilam yang terlalu tebal atau keras, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan badan anda berasa sakit sekaligus boleh mengganggu pengalaman tidur anda.
Jadi, Tilam Apakah Yang Sesuai Untuk Anda?
Untuk mula memilih tilam yang sesuai untuk anda, anda perlu mengetahui jenis tilam yang kini ditawarkan di pasaran selain model yang bersesuaian mengikut jenis katil di rumah anda.
Secara amnya, terdapat lebih daripada 10 jenis tilam yang boleh anda dapati di kebanyakan kedai yang mana ia merangkumi bahan dalam tilam jenis buih, lateks, hibrid, innerspring, udara dan organik, serta jenis agak unik seperti tilam air dan angin.
Namun, di Tajria hari ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda 5 jenis tilam utama yang selesa dan ditawarkan pada harga yang berpatutuan.

Jenis Tilam Innerspring
Innerspring atau lebih dikenali sebagai tilam gelung anjal adalah model yang paling biasa dibeli oleh kebanyakan pengguna.
Produk ini biasanya dibuat menggunakan sistem sokongan gegelung keluli yang mana disambungkan ke dalam satu unit. Kebiasaannya, apabila bilangan gegelung meningkat, kualiti tidur yang dialami juga adalah lebih tinggi.

Jika dibandingkan dengan jenis tilam yang lain, innerspring ditawarkan pada harga yang mampu milik. Faktor ini mungkin disebabkan tilam innerspring cenderung mempunyai lapisan keselesaan nipis dan gegelung tebal.
Komponen ini menjadikan katil berasa sangat mudah bergoyang. Tilam innerspring juga selalunya sesuai untuk inidividu yang lebih suka tidur di atas tilam yang lebih responsi. Selain itu, gegelung memberikan tetulang yang kuat di sepanjang perimeter untuk mengelakkan badan tenggelam kebawah sekiranya anda duduk atau tidur pada bahagian tepi atau buju katil.
Jenis Tilam Lateks
Sejak kebelakangan ini, tilam lateks menjadi semakin popular kerana ia dihasilkan menggunakan sumber semula jadi. Malah, dari segi harga pula ia juga mempunyai nilai yang berpatutan dan menampilkan ketahanan yang anda perlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya kos pembelian tilam anda.
Secara umumnya, tilam lateks semula jadi mempunyai ketahanan selama 10 hingga 20 tahun yang mana ia jauh lebih lama daripada tilam biasa anda.
Selain itu, penghasilan tilam lateks datang dari dua proses pembuatan berbeza yang digunakan dalam penciptaan semua produk lateks yang menghasilkan kualiti yang berbeza.

Tilam lateks cenderung agak responsif yang boleh mendorong kepada pergerakan merentasi permukaan. Walau bagaimanapun, ia tidak bergoyang kerap seperti tilam innerspring dan hibrid. Namun, tilam ini tidak mempunyai sokongan tepi yang kuat. Anda berkemungkinan besar akan tenggelam sedikit apabila duduk atau tidur berhampiran tepi katil getah.
Oleh itu, jika anda suka tidur pada bahagian sisi, tilam lateks akan terasa lebih selesa dan kusyennya juga lebih lembut. Tetapi jika anda tidur pada bahagian belakang dan perut, anda mungkin perlu memilih tilam yang lebih padat dengan sokongan yang lebih kuat.
Jenis Tilam Serat Semula Jadi
Tilam yang diperbuat daripada serat semula jadi merupakan tilam 100% kapas, atau campuran bulu dan kapas. Tilam ini cenderung lebih mahal yang berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan komponen yang berkualiti tinggi.
Malah, selari dengan harga juga tilam serat semula jadi mempunyai tekstur yang lembut dengan sokongan yang padu. Dari segi tempoh penggunaan pula, tilam serat semula jadi dilihat dapat bertahan melebihi purata industri selama 7 tahun.

Tetapi, antara kelemahan utama tilam ini adalah kekurangan ketersediaan. Anda boleh memilih daripada beberapa jenama yang berbeza, tetapi pilihannya juga akan agak terhad. Selain itu, jika anda mempunyai bajet yang rendah, tilam jenis ini mungkin bukanlah pilihan yang tepat kerana anda perlu membayar lebih untuk tilam dengan bahan organik yang diperakui.
Jenis Tilam Udara
Terdapat beberapa tilam udara berkualiti di pasaran yang telah melaksanakan ciri dan teknologi yang berkualiti yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya.
Disebabkan ia diperbuat daripada angin dan udara, maka tilam udara tidak akan mengalami isu kendur.
Seterusnya, tilam udara ini juga sangat membantu dalam pemulihan dan rawatan ulser dekubitus. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, adalah disarankan untuk anda menggunakan tilam udara kerana ia dilengkapi dengan mekanisma melambung sendiri.

Sebagai tips, sekiranya anda ingin mendapatkan tilam udara, ketahui terlebih dahulu garis panduan termasuk kapasiti berat badan, jenis, ciri, aksesori, saiz, berat, ketebalan, bahan, pam yang terbina, harga dan juga jaminan.
Jenis Tilam Foam
Tilam yang diperbuat daripada polifoam sering digunakan sebagai lapisan peralihan atau sokongan dalam tilam. Sesetengah katil juga mempunyai lapisan keselesaan polifoam kerana ia agak responsif, jadi anda tidak akan mengalami tenggelam badan.
Apa yang tidak menarik mengenai tilam foam, ia cenderung terasa panas jika anda berbaring di atasnya pada waktu panas. Namun, sesetengah pengeluar tilam kebiasaannya akan memasukkan komponen penyejuk ke dalam lapisan tilam bagi keselesaan pengguna. Ia bertujuan untuk meminimumkan pembentukan haba pada permukaan.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan bagi setiap tilam. Dengan ini, anda dpaat mengetahui ciri yang anda cari sekaligus dapat meneroka pilihan ini dengan lebih lanjut.