Carian
Anastasia Beverly Hills Kembali Dengan 4 Kit Solekan Edisi Terhad – Harga Bermula RM125
November 11, 2021 Lina Rosli

Khusus untuk penggemar jenama solekan terkenal, Anastasia Beverly Hills kini tampil dengan 4 kit edisi terhad yang boleh anda miliki mulai 11 November 2021 di Sephora.

Keempat-empat kit ini membawakan variasi penampilan yang boleh anda sesuaikan mengikut acara atau majlis termasuk solekan glamor, semula jadi, feminin dan banyak lagi.


Kit Untuk Kening – Natural Looking and Budge Proof Brow (RM 125)

Produk di dalam kit Natural Looking and Budge Proof Brow adalah antara yang terlaris di Anastasia Beverly Hills (ABH).

Ia sememangnya tidak akan mengecewakan anda kerana ia padat dengan segala keperluan untuk kening anda. Berikut adalah produk yang ditawarkan:

  • Mini Dipbrow Gel – Gel pelukis kening ini diformulasikan dengan bahan kalis air dan dilengkapi dengan warna yang berpigmen tinggi. Ia direka khusus untuk membantu membina dimensi semula jadi dan definisi kening yang kelihatan lebih lengkap dan tahan lama.
  • Brow Wiz – Ia merupakan pensel ultra nipis yang boleh ditarik balik untuk menghasilkan ketepatan yang lebih semulajadi.
  • Mini Clear Brow Gel – Gel untuk kening dengan warna yang jernih sesuai digunakan untuk mengunci kening pada tempatnya.

Untuk kit ini, ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu coklat lembut, coklat sederhana dan coklat gelap.


Kit Untuk Kening – Fuller Looking And Dimensional Brow Kit (RM 145)

Sama seperti kit sebelum ini, kit Fuller Looking And Dimensional Brow Kit turut menawarkan 3 produk di dalamnya yang mana ia membantu anda menggariskan kening dan mengubah dimensi muka anda dengan hanya sekadar penambah sedikit perincian pada wajah.

  • Brow Difiner – Ia merupakan produk semua-dalam-satu yang menampilkan bola mata yang hujungnya berbentuk segi tiga. Sementara pada hujung pen disertakan juga spoolie yang berfungsi untuk mengemaskan kening anda.
  • Brow Pen – Ia merupakan pen kening yang membawakan berus yang lembut yang dilihat dapat membantu anda melukis kening dengan perincian yang lebih mikro.
  • Mini Clear Brow Gel – Gel untuk kening dengan warna yang jernih sesuai digunakan untuk mengunci kening pada tempatnya.

Kit Untuk Kening – Brow Grooming (RM 220)

Untuk mendapatkan kening seperti dilakukan di salun selebriti, Anastasia turut menawarkan kepada anda alat yang tersendiri bagi mendapatkan kening yang sempurna.

Kit edisi terhad yang disimpan dalam beg solekan yang mewah yang berfungsi dalam memastikan penyelenggaraan yang mudah sama ada ketika di rumah atau semasa dalam perjalanan.

Kit ini terdiri daripada Precision Tweezers, Scissors dan Clear Brown Gel.


Kit Untuk Mata – Mini Matte dan Dewy Duo (RM 125)

Kit Mini Matte And Dew Duo ini menawarkan kepada anda set penting dalam memastikan solekan anda kekal lama sekaligus berfungsi dalam membantu memberikan hidrat tambahan.

Di dalamnya dibawakan bersama Mini Dewy Set Setting Spray sebagai alat kemasan solekan, Mini Loose Setting Powder pula bagi memastikan wajah anda ringan dan halus selain meminimumkan kilauan.


Akhir sekali, kit ini juga dilengkapi Primrose Palette yang didatangkan dengan 10 warna untuk pembayang mata serta dua rona pemerah pipi baharu yang menampilkan matte baldu dan metalik untuk variasi hasil solekan. 

Komen