Untuk bersaing dengan kebanyakan kedai kopi dan juga kafe sememangnya memerlukan para peniaga menawarkan sesuatu yang istimewa untuk menarik perhatian pelanggan.

Selari dengan keperluan itu, Union Artisan Coffee kini menawarkan menu yang memfokuskan kepada bahan berasaskan laici di bawah siri Lychee Craze.

Untuk pengetahuan anda, Union Artisan Coffee merupakan sebuah kafe yang menjadi magnet komuniti untuk mengumpulkan penggemar minuman dari kawasan kejiranan dan membantu mengeratkan ikatan mengenai makanan yang enak dan kopi yang menyelerakan.


Menu-Menu Lychee Craze Di Union Artisan Coffee

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang boleh anda nikmati di Union Artisan Coffee:

Black (Eyed) LyChee Coffee

Menerajui siri Lychee Craze adalah menu Black (Eyed) LyChee. Ia menggabungkan campuran kopi hitam yang baru dibancuh bersama sedikit laici sesuai dengan anda yang menggemari minuman yang pahit manis dan ditambah dengan rasa buah-buahan.


Toast Berry Lychee

Sekiranya anda menyukai hidangan yang manis, terdapat juga Toast Berry Lychee yang membawakan rasa French Toast klasik dengan creme anglaise. Melengkapkannya adalah jem buah tin serta kepingan laici segar dan strawberi yang dihidangkan bersama aiskrim vanila.


Zesty Seared Chicken Chop

Selain itu, terdapat juga Zesty Seared Chicken Chop dengan kentang yang dibakar, nanas karamel dan brokoli semuanya di atas ayam dan dipadankan sekali bersama kepingan laici segar.


Lychee Sweet & Sour Chicken Rice

Bagi mereka yang mencari pilihan yang lebih enak, Nasi Ayam Masam Manis Laici menawarkan kombinasi sempurna dengan ayam goreng rangup yang lazat dan disiram dengan sos masam manis laici serta dilengkapi dengan nasi wangi.


Pan Seared Seabass with Lemon Lychee Beurre Blanc

Sementara jika anda ingin menikmati makanan laut, Union Artisan Coffee ini turut menampilkan Ikan Siakap Pan Seared dengan Lemon Lychee Beurre Blanc yang menambah rasa pedas pada hidangan ikan.


Prawn to be Wild

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan hidangan Prawn to be Wild yang mana ia menggunakan udang harimau yang digoreng dan disalut dengan serbuk roti panko Jepun yang rangup serta salad timun laici.


Menangi Union Happiness Box Untuk Nikmati Hidangan Lychee Craze

Tersedia sepanjang bulan Disember, Union Happiness Box adalah set hadiah yang sangat istimewa yang boleh dimenangi oleh pelanggan bertuah yang menikmati item menu Lychee Craze kami. The Union Happiness Box ialah enkapsulasi sempurna dari Union Artisan Coffee yang ingin memperluaskan variasi penawaran kopi.

Bernilai lebih daripada RM199, Union Happiness Box dilengkapi sepenuhnya dengan biji kopi panggang sempurna dari Union Roastery. Set hadiah itu juga akan menampilkan cawan kopi dan gelas berjenama Union Artisan Coffee yang elegan serta beg titis khusus untuk menyegarkan biji kopi.


Untuk berpeluang memenangi set hadiah edisi terhad ini, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana item menu Lychee Craze dan menyerahkan salinan resit mereka kepada Union Artisan Coffee di [email protected] berserta nama, nombor mudah alih mereka dan alamat e-mel.

Jika anda ingin mengunjungi Union Artisan Coffee, ia kini terdapat di hampir 20 lokasi termasuk 1 Mont Kiara, 1 Utama Mall, Citta Mall, Quayside Mall dan banyak lagi.