Bagi kebanyakan baju putih, ia sering bertukar menjadi kekuningan sehingga memerlukan anda untuk membeli pakaian yang baharu kerana warnanya telah lusuh dan tampak usang.

Disebabkan baju putih memerlukan penjagaan yang rapi, maka ramai dalam kalangan individu yang memilih untuk tidak menggunakan warna ini di samping cenderung menghabiskan banyak duit untuk mengekalkan warna tersebut.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko baju putih bertukar kekuningan, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa faktor yang mendorong kepada masalah tesebut.


3 Faktor Yang Menyebabkan Baju Putih Bertukar Kekuningan

Asap Rokok Dan Minyak

Faktor persekitaran seperti nikotin daripada asap rokok atau sisa masakan berminyak boleh menyebabkan fabrik menjadi kuning.

Untuk pengetahuan anda, nikotin dan tar dalam tembakau mudah diserap ke dalam liang-liang fabrik sekaligus menyebabkan perubahan warna kuning atau coklat.

Walaupun nikotin, dengan sendirinya, tidak berwarna, apabila digabungkan dengan oksigen, ia menjadi kuning. Sama seperti gigi juga, apabila nikotin terlekat pada gigi, ia boleh mengotorkan warna asal gigi anda.


Reaksi Peluh Ke Atas Deodoran

Malah, pemakaian deodoran turut boleh menyebabkan kekuningan pada bahagian ketiak dan lengan atas untuk baju. Hal ini kerana, kebanyakan deodoran sering dihadiri dengan bahan antipeluh . Jadi, sekiranya keluarnya peluh dan garam dari badan, ia akan menyebabkan berlaku reaksi antara keduanya dan akhirnya menyebabkan baju menjadi warna kuning.

Penggunaan Klorin Ke Atas Fabrik

Peluntur klorin tidak dinafikan memberikan hasil yang baik untuk membersihkan dan membasmi kuman tetapi ia boleh menyebabkan kekuningan jika digunakan secara berlebihan atau jika digunakan pada gentian sintetik putih seperti nilon, gentian mikro atau poliester.

Ia disebabkan oleh peluntur melemahkan gentian dan mengembalikan polimer sintetik kepada warna asalnya iaitu kuning. Malah fabrik putih yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kapas dan linen boleh bertukar menjadi kuning jika terdedah kepada terlalu banyak peluntur klorin.


Penggunaan peluntur klorin yang berlebihan juga boleh menyebabkan pakaian putih menjadi kuning apabila digantung pada tali jemuran di luar kering kerana matahari menambah satu lagi lapisan pelunturan akibat sinaran ultra ungu.

Malah, jika anda menggunakan terlalu banyak detergen atau pelembut kain dan tidak dibilas dengan baik, haba yang tinggi pada pengering pakaian boleh membakar sisa ke dalam gentian dan meninggalkannya kelabu atau kuning.

Cara Menyimpan Pakaian Putih Untuk Mengelakkan Kekuningan

Sebelum menyimpan pakaian putih, pastikan pakaian atau linen benar-benar bersih dan bebas kotoran dengan mencuci atau mengeringkan setiap helaian. Jika anda tidak pasti sama ada barang itu bersih, adalah amat penting untuk anda mencucinya terlebih dahulu sebelum dibungkus.

Pilih ruang yang sejuk dan kering untuk penyimpanan. Elakkan kawasan suhu melampau seperti loteng, ruang bawah tanah dan garaj selain turut menggunakan jenis bekas simpanan yang betul untuk mengelakkan kekuningan.

Gunakan kotak atau bekas yang diperbuat daripada polipropilena supaya selamat daripada menyebabkan pakaian bertukar warna. Pilih bekas dengan simbol #5 dan segitiga kitar semula atau huruf “PP” untuk memastikan ia tidak akan mengeluarkan bahan kimia yang merosakkan.