Sekali datang pasti nak lagi. Neighbours’ Coffee Bar atau lebih dikenali sebagai Kafe Neighbourhood adalah salah satu kafe yang sangat popular di kalangan peminat manisan. Ia terletak di kawasan sekitar Petaling Jaya iaitu di kawasan Seri Gembira Avenue, Happy Garden, Kuala Lumpur. Yang menjadi tarikan di kafe ini adalah souffle atau pancake yang diinspirasikan daripada pencuci mulut fuwa-fuwa dari Jepun.


Pancake ini hadir dengan tekstur yang tebal tetapi ringan & berongga yang mana ia turut dihidangkan bersama buah-buahan segar, krim vanila dan aiskrim bersama-sama dengannya (RM20). Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan variasi pancake yang berbeza termasuk pankek koko, pancake vanila dan lain-lain.


Selain itu, kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan hidangan lain seperti pasta, sandwich dan croissant. Sementara untuk minuman pula, anda boleh mencuba teh hijau matcha sejuk (RM9) atau iced latte (RM13) dan juga pelbagai jenis jus buah-buahan yang menarik (RM14).

Beralih ke bahagian hiasan dan dekorasi, kafe ini membawakan rekaan dalaman yang sangat minimal sekaligus memberikan gambaran bersih pada kafe tersebut. Seterusnya, ia dipadankan dengan perabot yang bersesuaian dengan rekaan dalaman kafe.  Bagi pengunjung yang menginginkan kesegaran udara luar, kafe ini turut menyediakan meja di bahagian luar. Bagi penggemar fotografi dan juga peminat media sosial Instagram, kehadiran cahaya yang cukup dapat memberikan kesan yang lebih baik pada gambar. 


Bagi anda yang ingin berkunjung ke kafe ini, pastikan anda datang lebih awal kerana kafe ini mempunyai jadual yang agak padat di waktu tengahari dan lewat petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman facebook rasmi kafe Neighbours’ Coffee Bar.