Gastritis akut adalah keradangan atau bengkak secara tiba-tiba pada lapisan perut. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan mengganggu aktiviti harian anda.
Tidak dinafikan, kesakitan akibat gastritis akut ini adalah bersifat sementara, namun ia boleh dihadapi oleh individu secara tiba-tiba dan menjadi lebih teruk sekiranya tidak diurus dengan baik sekaligus mengakibatkan gastrik kronik.
Kebiasannya, gastritis akut ini boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, bakteria, virus, tekanan atau amalan pemakan yang tidak sihat seperti makan makanan pedas ataupun melibatakan pengambilan alkohol, NSAID atau steroid.

Bagaimana Gastritis Akut Boleh Berlaku Akibat Daripada Pengambilan Makanan Pedas?
Gastritis akut berlaku apabila lapisan perut seseorang individu telah rosak ataupun tidak berada di dalam keadaan yang baik. Kesannya, ia meningkatkan paras asid pencernaan dan kemudiannya merengsakan perut.
Salah satu faktor yang mempengaruhi paras asid pencernaan ini termasuklah kehadiran rempah ratus dan makanan yang pedas yang mana ia akan meningkatkan rembesan asid dan mengurangkan kekuatan penghalang mukosa gastritis.

Untuk pengetahuan anda, makanan pedas yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit perut. Sebab utama di sebalik masalah ini adalah kehadiran kandungan bahan berasid tinggi dalam makanan pedas seperti capsaicin. Capsaicin bertanggungjawab dalam menawarkan sensasi apabila makan cili.
Oleh sebab itu, jika ia diambil terlalu banyak, maka ia boleh menyebabkan kemudaratan.
Simptom Gastritis Akut Yang Dialami Oleh Individu
Gastritis akut biasanya dicirikan oleh simptom seperti:
- muntah
- loya
- demam
- cirit-birit
- sakit kepala
- pendarahan semasa muntah atau keluar najis

Bagaimana Hendak Melegakan Rasa Sakit Perut Selepas Makan Makanan Pedas?
Cara yang paling mudah untuk anda mengurangkan rasa sakit perut akibat makan makanan pedas adalah dengan mengambil makanan dari kumpulan karbohidrat secukupnya.
Selain itu, anda juga boleh minum susu untuk meneutralkan asid yang dirembeskan oleh makanan pedas. Tetapi, jika anda mengalami masalah penghadaman akibat makanan pedas, maka ambil antasid sejam selepas makan dan sebelum tidur.
Bagi mengelakkan risiko kesihatan yang lebih teruk, makanan pedas selamat untuk dimakan apabila diambil dalam jumlah yang sederhana. Bukan itu sahaja, seseorang tidak disarankan untuk makan makanan pedas yang melampau pada jarak masa yang terlalu dekat seperti sekitar 3 higga 4 kali seminggu.
Sumber: Healthline MyHealth