Bagi anda yang gemar mengumpul mainan dan koleksi edisi terhad dari McDonald’s, maka jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Minions Jumpsuit Carrier bermula 15 November 2021 sehingga 30 November 2021.

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan sebarang pembelian merangkumi set makanan kegemaran anda di semua rangkaian McDonald’s dan kemudian beli bekas pembawa ini pada harga RM49.99 sebuah.


Disebabkan koleksi bekas Minions ini terhad, setiap pembelian hanya terhad kepada 1 bekas bagi 1 resit pembelian sahaja. Ia tidak boleh dibeli melalui aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood, FoodPanda dan juga DeliveryEat.