Selain membersihkan badan dan rambut, amalan penjagaan kulit wajah juga adalah penting untuk memastikan kulit anda berada dalam keadaan yang sempurna. Malah, ia juga bagi membantu membuang sel-sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit wajah lebih sihat, segar dan bersinar.
Bagi kebanyakan fungsi utama produk penjagaan kulit, ia dikatakan menyokong dan membantu mencuci kotoran pada wajah agar ia terhindar dari jerawat, merawat kedutan selain menjaga kulit supaya tidak rosak.
Jika anda lihat di pasaran, terdapat banyak jenis produk-produk penjagaan kulit yang diperkenalkan. Dengan adanya lambakan produk ini, ia bukan sahaja memberikan anda pilihan untuk mendapatkan produk yang bersesuaian, malah ia juga mengimbangi keperluan anda untuk mengatasi masalah kulit.
Namun, pastinya anda mempunyai pilihan utama atau produk wajib yang perlu anda bawa di dalam beg sepanjang masa. Jadinya, untuk perkongsian hari ini, Tajria akan berkongsi 3 produk pilihan Tajria yang boleh anda cuba.
Serum – Dipakai 2 Kali Sehari
Serum mengandungi antioksidan yang membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang terdedah setiap hari. Ia juga membantu dalam pencegahan garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan lain yang boleh dilihat jelas pada wajah selain turut boleh menyembuhkan dan membaiki kulit,
Untuk mendapatkannya, anda boleh menggunakan dengan serum dari Dr.Jart+, iaitu Cicapair Serum. Melaluinya, anda boleh mengekalkan kelembapan dan melegakan kemerahan serta kegatalan kulit menerusi ramuan daripada tumbuh-tumbuhan herba Asia yang dipanggil Centella Asiatica.
Selain itu, Cicapair Serum juga boleh menenangkan kulit sensitif dan iritasi serta-merta. Dengan bahan-bahan yang baru dikemas kini selain kehadiran tekstur serum jenis air, ia dapat diserap dengan cepat ke dalam kulit sambil memberikan rawatan muka yang berkuasa tetapi lembut kepada pengguna.
Krim Wajah – Alternatif Pelembap
Penggunaan krim wajah ini mempunyai fungsi seakan pelembap yang mana ia diperlukan untuk mengekalkan agen penghalang kelembapan kulit dan untuk mengelakkan kerosakan persekitaran pada kulit anda
Ditambah pula jika anda memilih krim Cicapair Re-Cover Cream SPF40/PA++, ia dilihat akan meneutralkan kemerahan dan menutup cela di samping melegakan kulit sensitif dan iritasi serta-merta.
Krim ini melegakan kulit yang kering dan teriritasi, meningkatkan kecergasan dan penampilannya. Ia boleh digunakan sebagai asas di bawah solekan bagi perlindungan kulit sepanjang hari.
Krim Gel Pelembap – Untuk Kulit Sensitif
Krim gel kebiasaannya hadir dengan tekstur berasaskan air. Ia memberikan penghidratan dan kelembapan dengan cepat kepada kulit tidak seperti pelembap berasaskan minyak, yang boleh mengambil masa untuk diserap oleh kulit anda. Dengan formulasi ringan, krim gel tidak komedogenik dan boleh menjadikan kulit anda kelihatan segar dan tidak berminyak atau berkilat.
Dr.Jart memperkenalkan Cicapair Calming Gel Cream. Ia merupakan gel pelembap ultra-ringan dengan Ekstrak Centella Asiatica yang baik dalam menenangkan sensitiviti dan kemerahan. Dengan ramuan utamanya, berfungsi mengurangkan kerengsaan, melembapkan serta-merta dan menyegarkan kulit. Pelembap menenangkan bertekstur ringan ini sangat disyorkan untuk kulit yang merengsa dan berminyak hingga kombinasi.