Susulan kejayaan pelancaran kohort sulung program Micro-Entrepreneurship and Digital Empowerment dan Youth Development & Gig Economy, Pepper Labs kini mengalu-alukan pendaftaran kohort seterusnya yang akan bermula pada Disember 2021 dengan 200 peserta lagi.
Pepper Labs merupakan sebuah perusahaan sosial bertauliah yang memperkasakan masyarakat terpinggir dengan menawarkan program dan inisiatif keusahawanan lestari dan transformasi digital.
Bergerak ke hadapan, Pepper Labs dilihat menyasarkan untuk membantu menubuhkan tiga lagi perusahaan bagi membantu dalam merancakkan kembali ekonomi. Sebelum ini, Pepper Labs telah menubuhkan tiga cloud kitchen dan telah mengenal pasti beberapa graduan kulinari yang tiada pekerjaan sebagai benefisiari untuk mengendalikan perusahaan tersebut, dan akhirnya akan mengambil alih operasi dan pemilikan perusahaan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Dengan menawarkan peluang untuk meningkatkan kemahiran, ia dijangka akan memberikan impak positif kepada ramai pihak. Buat masa ini, Pepper Labs akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu Micro-Entrepreneurship and Digital Empowerment, Youth Development & Gig Economy dan Social Entrepreneurship & Policy Consultation.
Bagi organisasi dan individu yang berhasrat untuk menerokai potensi kerjasama dan penajaan dengan Pepper Labs boleh menghubungi Gevitha di [email protected]. Anda juga boleh kunjungi ke laman rasmi Pepper Labs untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mereka.