Lina Rosli Diterbitkan 16 November 2021

Benarkah Permainan Teka Teki Baik Untuk Kesihatan Otak?

Tahukah anda, otak sebenarnya sama seperti otot yang mana jika anda tidak menggunakannya kerap, kemahiran anda akan hilang dan tidak akan bertambah-baik.

Menurut penyelidik di University of Exeter dan Kings College London, ia menyatakan bahawa melakukan aktiviti berulang tertentu akan memberikan kesan yang baik dan meningkatkan kesihatan otak.

Antara aktiviti yang dicadangkan termasuklah melakukan teka-teki jigsaw. Hal ini kerana, ia dapat meningkatkan kepekaan dan juga penumpuan minda terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, aktiviti menyatukan kepingan kad memerlukan individu untuk kekal fokus yang mana melaluinya ia akan meningkatkan ingatan jangka pendek dan kebolehan penyelesaian masalah.


Mengapa Permainan Teka-Teki Baik Untuk Otak?

Sewaktu bermain teka-teki, individu akan menggunakan bahagian otak yang berbeza. Oleh itu, semakin kerap penggunaan otak, semakin mudah untuk otak menghubungkan sesuatu perkara dengan maklumat yang lain.

Antara kemahiran yang dibina melalui aktiviti ini termasuklah:

  • pengecaman corak
  • peningkatan daya ingatan
  • kemahiran motor kasar dan halus seperti mengembangkan kekuatan jari, kecekalan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Bukan itu sahaja, melalui permainan teka-teki yang konsisten juga, ia akan menjadi bertambaha baik seiring dnegan jangka masa anda melakukannya. Bahkah, satu kajian di Universiti Michigan menunjukkan bahawa melakukan teka-teki selama sekurang-kurangnya 25 minit sehari boleh meningkatkan IQ anda sebanyak 4 mata.


Kepentingan Menjaga Kesihatan Otak

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai individu sudah mula menunjukkan minat yang kuat dalam merawat badan dan otak bagi mengurangkan risiko mengalami masalah kognitif di kemudian hari.

Jika ia tidak dilatih dari awal, kemungkinan berlakunya penyakit Alzheimer adalah tinggi. Menurut Persatuan Alzheimer, penyelidikan menunjukkan bahawa mengekalkan paras aktif otak berupaya meningkatkan kecergasannya.


Untuk menjadikannya aktif, anda boleh melakukan perkara baharu dengan cara baharu. Sebagai contoh, apabila anda bermain teka-teki jigsaw, anda boleh mengubah kedudukannya bagi merekrut pelbagai kebolehan kognitif dan merupakan faktor perlindungan untuk penuaan kognitif visuospatial.

Dalam erti kata lain, apabila menyusun teka-teki jigsaw, anda perlu melihat kepingan yang berbeza dan memikirkan di mana ia sesuai dalam gambar yang lebih besar. Ini boleh menjadi cara yang bagus untuk mencabar dan melatih otak anda.


Akhir sekali, jika ingin menghubungkan kepentingan kecergasan otak dengan dengan tugasan harian anda, adalah penting untuk anda sentiasa bersedia untuk mencuba cara baharu ketika melakukan perkara yang sama.

Untuk situasi perjalanan ke tempat kerja, anda boleh pilih laluan yang berbeza  setiap minggu atau cuba mod pengangkutan yang berlainan agar otak anda sentiasa melihat perkara yang baharu. Malah, melaluinya juga otak anda boleh mendapat manfaat daripada perubahan mudah ini dan dengan mudahnya dapat mengubah bentuk pemikiran anda.

Sumber: Healthline NIA South Mountain Memory Care