Bagi anda sedang tercari-cari produk penjagaan kulit yang bersesuaian untuk anak remaja anda, mungkin anda boleh menambah jenama Emina di dalam senarai.

Emina merupakan jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja yang kini telah memasuki pasaran Malaysia yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

Produk ini direka dan dirumus secara khusus dalam memenuhi keperluan kulit dan kehendak kehidupan remaja. Antara koleksi di bawah jenama ini adalah siri Emina Bright Stuff dan juga pelbagai produk kosmetik yang lain.


Siri Penjagaan Kulit Emina Bright Stuff

Untuk siri Emina Bright Stuff, ia menawarkan barisan produk dengan manfaat utama iaitu mengurangkan masalah kulit kusam dan mencerahkan kulit. Siri ini merangkumi varieti produk termasuk pembersih, penyegar, serum, pelembap, topeng muka dan juga air micellar.

Semua produk dalam siri Bright Stuff ini diperkaya dengan ekstrak plum musim panas dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit. Bukan sahaja berupaya mengawal risiko kulit kusam, siri Emina Bright Stuff juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran.


Siri Penjagaan Kulit Emina Untuk Remaja Dengan Kulit Sensitif

Selain siri Bright Stuff, Emina juga membawa siri penjagaan kulit lain ke Malaysia untuk menangani masalah kulit yang mungkin dialami oleh remaja secara khusus seperti Siri Emina Bright Stuff for Acne Prone, Ms Pimple dan Skin Buddy.

Siri Acne Prone ini pula direka untuk mencerahkan kulit serta merawat jenis kulit berjerawat. Sementara siri Emina Ms Pimple diformulasikan dengan bahan yang berupaya menyelesaikan masalah jerawat untuk remaja. Manakala siri Emina Skin Buddy pula menawarkan penghidratan harian untuk remaja menerusi penggunaan bahan seperti asid hyaluronik dan ekstrak calendula.


Rangkaian Produk Kosmetik Mesra Kulit Remaja

Bersama rangkaian produk penjagaan kulitnya, Emina turut memperkenalkan rangkaian produk solekan mereka ke pasaran Malaysia bagi melengkapkan keinginan remaja untuk kelihatan berseri dan cantik.

Produk kosmetik Emina tertumpu pada formula ringan, mudah digunakan, selain ditawarkan pada harga yang berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar, berasa yakin ketika berhubung. 

Salah satu wira produk rangkaian solekan Emina ialah Emina Magic Potion, pewarna bibir yang tahan lama dan didatangkan dalam pelbagai warna yang membolehkan remaja meneroka rupa yang berbeza. Warna yang tersedia untuk Magic Potion pada masa ini ialah Summer, Sienna, Scarlet, Sunglow dan Smitten.

Bagi anda yang berminat untuk menerokai lebih banyak produk yang ditawarkan Emina, kunjungi ke kedai rasmi Emina di Shopee bermula hari ini.