Uniqlo melancarkan koleksi Fall dan Winter 2021 menerusi siri UNIQLO x JW Anderson. Ia merupakan kolaborasi dengan jenama fesyen kontemporari yang menawarkan rekaan pakaian yang menampilkan ciri rekaan moden dan urban namun masih memfokuskan kepada keselesaan.

Terdapat 11 rekaan baju untuk wanita, 10 rekaan baju untuk lelaki, 2 item uniseks dan juga 7 aksesori menarik yang dibawakan di dalam koleksi ini yang mana ia merangkumi gabungan warna utama yang bertepatan dengan palet warna musim luruh dan juga musim sejuk. Penggunaan warna ini dilihat bagi memberikan hasil dan gaya yang minimalis sesuai dengan penggunaan pada kebanyakan acara dan majlis.

Untuk koleksi Uniqlo x JW Anderson ini juga, ia masih lagi menampilkan kepada pengguna bahan dan kain yang sesuai digunakan untuk pelbagai iklim yang berbeza. Dengan kehadiran fungsi dan rekaan berkualiti, pastinya koleksi ini membuatkan fesyen harian terasa lebih menyenangkan di samping memberikan keselesaan maksima.

Bukan itu sahaja, koleksi baharu ini menampilkan watak Beatrix Potter’s Peter Rabbit dan Benjamin Bunny dalam cetakan yang sangat menarik pada baju sweatshirt uniseks dan baju-T bersaiz besar.

Berikut adalah beberapa koleksi yang ditawarkan Uniqlo X JW Anderson:

  • Pakaian luar – RM349.90
  • Seluar – RM79.90 sehingga RM199.90
  • Pakaian Knit – RM149.90 sehingga RM199.90
  • Baju – RM129.90 hingga RM149.90
  • Set Baju Tidur – RM149.90
  • Baju Cut & Sewn – RM79.90 hingga RM199.90
  • Aksesori – RM79.90 hingga RM249.90