Sanren Journey merupakan sebuah jenama sabun pencuci pakaian buatan Malaysia yang memfokuskan kepada pengurusan pakaian yang lebih moden dan efisien yang kini mengumumkan kerjasama dengan Isetan KLCC bagi melancarkan koleksi produk pembersih premium semperna Hari Natal.
Dengan matlamat mengubah semula proses membuat kerja rumah harian, jenama Sanren Journey telah menambah baik dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian menerusi koleksi Classic Laundry Stones.
Di samping membantu para suri rumah dan individu mencuci dan mengurus rumah dengan lebih efisien dan jimat masa, ia turut menawarkan produk yang membawakan unsur keseronokan sepanjang tempoh pencucian.
Classic Laundry Stones merupakan kantung fabrik inovatif yang mengandungi serbuk pencuci ultra pekat yang dikatakan bertindak baik dalam mencuci dengan sempurna tanpa perlu mengasingkan fabrik putih daripada fabrik berwarna yang lain.
Bersama-sama dengan pengenalan Classic Laundry Stones, jenama ini turut menampilkan rangkaian produknya yang lain termasuklah penyerap warna, pemadam kotoran fabrik, pensanitasi fabrik, sabun cucian tangan dan fabrik lembut serta perapi fabrik.
Produk-produk jenama ini dibuat dalam kelompok kecil dan telah direka untuk membolehkan pengguna mempercepatkan proses pembersihan, mengekalkan kualiti pakaian, serta memastikan cucian bersih dan bebas kuman.
Bagi anda yang berminat, produk Classic Laundry Stones dari Sanren Journey ini boleh dibeli di Isetan bermula dari 19 November sehingga 1 Disember 2021. Anda juga berpeluang memenangi produk eksklusif bagi setiap pembelian. Untuk harga Classic Laundry Stones, ia dijual pada harga RM65.80 untuk 35 kantung.