Tumbuhan udara lebih dikenali sebagai Tillandsias yang merupakan berasal daripada spesies Bromeliaceae atau Bromeliad. Mereka juga telah dilabelkan sebagai Epifit kerana mereka tidak perlu mempunyai tanah untuk tumbuh.
Kebiasaannya, tumbuhan udara banyak dijumpai di negara iklim panas dan lembap yang terletak di Amerika Utara dan Selatan. Rata-rata individu sering menyatakan bahawa tumbuhan udara ialah tumbuhan yang tumbuh pada tumbuhan lain dengan cara bukan parasit.
Berbanding tumbuhan lain, tumbuhan udara memerlukan nutrien daripada udara atau atmosfera untuk hidup. Walaupun tumbuhan udara mempunyai akar, ia hanya untuk berpaut pada tumbuhan yang tumbuh di atasnya. Melaluinya, tumbuhan udara akan lebih mudah untuk menerima khasiatnya dalam kelembapan dan serat kotoran yang hanyut di udara.
Adakah Tumbuhan Udara Sukar Untuk Dijaga?
Menurut NYBG Certified Horticulturist Bliss Bendall, antara perkara penting yang pelru diambil kira sewaktu penjagaan tumbuhan udara adalah menyediakan sumber udara yang baik untuk mereka.
Bagi setiap tumbuhan, tidak semua mempunyai keperluan yang sama atau tumbuh di bawah keadaan tepat yang sama. Oleh itu, adalah penting untuk melakukan penyelidikan anda tentang kepelbagaian spesies Tillandsia yang anda mahu jaga.
Mengapa Tumbuhan Udara Tidak Memerlukan Tanah?
Tumbuhan udara tidak memerlukan tanah kerana ia tumbuh di atas tumbuhan tanah yang lain. Malah, tanah boleh membawa maut kepada tumbuhan udara.
Mereka memerlukan nutrien yang hanya boleh dibekalkan oleh atmosfera, termasuk peredaran, kelembapan dan hujan atau air. Jadi, jika anda meletakkan tumbuhan udara di dalam tanah adalah seperti menanam seseorang hidup-hidup.
Berapa Banyak Cahaya Matahari Dan Air Yang Diperlukan Oleh Tumbuhan Udara?
Pastinya terdapat persoalan yang berkaitan dengan keperluan dan kepentingan cahaya matahari ke atas tumbuhan udara.
Sudah tentu tumbuhan udara memerlukan cahaya matahari kerana semua tumbuhan memerlukan matahari. Tumbuhan udara memerlukan cahaya yang terang tetapi tidak dihalakan secara langsung.
Oleh itu, jika anda menanamnya di dalam rumah, adalah ideal untuk menyimpannya di dalam bilik dengan cahaya yang tidak terlalu malap atau terlalu langsung. Pastikan anda tidak membuka tingkap pada musim sejuk atau memasang penghawa dingin berdekatan dengan tumbuhan udara.
Sementara untuk air pula, tumbuhan udara tidak memerlukan air. Mereka dipanggil “tumbuhan udara” dan mereka hanya memerlukan air yang minimum untuk terus hidup. Namun, harus diingarkan bahawa setiap spesies tumbuhan udara sebenarnya mempunyai keperluan air tertentu.
Walau bagaimanapun, terdapat satu kaedah penyiraman yang berfungsi untuk kebanyakan jenis tumbuhan udara. Anda disarankan untuk mengeluarkan tumbuhan udara dari bekasnya, kemudian meletakkan tumbuhan dalam bekas air paip suhu bilik selama sejam.
Selepas itu, angkatkan tumbuhan tersebut ke dalam bekas asalanya dan elakkan sebarang air bertakung pada daunnya atau di celah-celahnya untuk mengelakkan reput.
Akhir sekali, anda boleh siram tumbuhan udara sekali seminggu. Cuba elakkan menggunakan air yang mempunyai paras garam yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan tumbuhan anda mati.
Sumber: Air Plant Supply Co.