Carian
Burberry Memperkenalkan Set Alat Solek Terbaru Menerusi Koleksi Festive Monogram – Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Hadiah
November 19, 2021 Lina Rosli

Bersempena sambutan Hari Natal yang bakal tiba, Burberry telah memperkenalkan koleksi Festive Monogram edisi terhad.

Penawaran ini bersesuaian untuk anda yang ingin meraikan perayaan ataupun sedang mencari hadiah yang bersesuaian untuk orang tersayang. Apa yang menjadikannya menarik adalah penampilan bungkusan dan kotak berwarna emas anggun yang dihiasi dengan rekaan Monogram Thomas Burberry.


Koleksi ini dilengkapi palet pembayang Signature Eye & Face Palette edisi terhad dengan rona Burberry ikonik. Dengan kehadiran pilihan warna pastel dan semula jadi, ia menjadikan palet serba boleh ini digunakan oleh wanita dari semua tona kulit.

Melengkapkannya adalah Burberry Kisses, iaitu gincu dengan pilihan empat rona Burberry tersendiri. Gincu ini diformulasikan dengan ramuan edisi terhad eksklusif yang bersesuaian untuk pelbagai acara.


Seterusnya, koleksi Festive Monogram ini juga dilengkapi dengan Fresh Glow Fluid Base dan Ultimate Lift Mascara. Maka, lengkaplah satu set solekan harian yang boleh anda hadiahkan kepada yang tersayang.

Bagi yang berminat, koleksi Festive Monogram edisi terhad ini boleh didapati di Parkson Pavilion dan SOGO KL bermula hari ini pada harga RM340 untuk Signature Eye & Face Palette, sementara Burberry Kisses pula berharga RM143.

Komen