Keperluan dalam menyediakan persekitaran rumah yang selesa dan kondusif telah menjadi satu perkara yang sangat penting bagi setiap individu. Tidak kira sama ada di pejabat atau di rumah, sistem pengudaraan yang baik dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan akibat virus dalam kalangan individu.

Lebih-lebih lagi jika anda tinggal dalam sebuah ruang yang disebabkan ruang rumah yang kecil, sudah tentu ia memerlukan anda dalam menguruskan aliran pengudaraan supaya menjadi lebih baik. Jadi, dari situlah bermula penggunaan pembaur (diffuser) dan juga pelembap udara (humidifier) oleh kebanyakan individu.


Udara kering boleh menjadikan ruang menjadi kurang selesa malah membawa kepada beberapa masalah kesihatan dan kosmetik. Oleh sebab itu, pelembap udara adalah kaedah yang menepati keperluan setiap rumah untuk memerangi udara kering sekaligus mengembalikan kelembapan yang sangat diperlukan di udara.

Walau bagaimanapun, kadangkala pelembap yang kotor boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Rahsia untuk mendapatkan hasil positif daripada pelembap anda adalah untuk memastikan ia bersih. Ini caranya:

Mengapa Pelembap Udara Yang Kotor Boleh Memudaratkan Kesihatan?

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai isu yang boleh berlaku disebabkan oleh pelembap udara kerana ia selalunya akan dibuka untuk tempoh yang lama. Di tambah lagi jika ruang yang anda duduk mempunyai karpet dan ruang memerangkap hama dan habuk yang banyak.

Seperti yang anda ketahui, kebanyakan pelembap udara akan menakung air sebelum ia disejarkan melalui sistem sumbu lembap lalu melepaskannya ke udara. Oleh sebab itu, takungan air boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan bakteria.


Jadi, apabila ia tidak sering ditukar ganti, pelembap anda akan menjadi kotor, dan menjadi tempat kepada pertumbuhan bakteria. Untuk kes yang lebih serius, kulat dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan alahan dan juga mendatangkan keburukan kepada individu.

Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Pelembap Udara?

Jika anda menggunakan pelembap udara setiap hari, rutin pembersihan perlu diulang setiap tiga hari. Ia bagi memastikan udara anda sentiasa lembap dan bersih.

Untuk membersihkannya, anda boleh menggunakan cecair hidrogen peroksida, cuka putih suling dan berus gigi untuk membersihkan pelembap mudah alih. Kemudian, anda boleh mula membersih menggunakan campuran hidrogen peroksida dan cuka unruk membasmi kuman.

  1. Mulakan dengan mencabut palam unit pelembap udara daripada alur keluar dinding, kemudian keluarkan tangki air dan penapis unit.
  2. Tuangkan 1/2 cawan campuran hidrogen peroksida atau cuka suling putih ke dalam dasar pelembap. Gunakan berus gigi yang bersih untuk menyental dinding dan timbunan mineral dari dasar unit.
  3. Biarkan cecair itu duduk di dalam pangkalan pelembap selama sekurang-kurangnya 10 hingga 30 minit, kemudian buangkan cecair itu ke dalam sinki.
  4. Bilas unit dengan menambah dan menyiram air paip ke pangkalan. Jika ada sisa mineral yang tertinggal, ulangi keseluruhan proses. Apabila tapaknya bersih, biarkan ia kering di udara.
  5. Lakukan proses ini untuk setiap bahagian pelembap udara.

Bagaimana Jika Anda Mendapati Pelembap Udara Masih Kotor?

Jika pelembap anda masih kotor walaupun anda membersihkannya dengan teliti dan kerap, sudah tiba masanya untuk berhenti menggunakan air paip dan beralih kepada air suling.

Hal ini kerana, air paip boleh mengandungi mineral dan bahan cemar yang menggalakkan pertumbuhan bakteria. Mineral inilah yang menyebabkan habuk putih yang tertinggal di dalam pelembap udara dan pada sumbu penyejatan selepas air tersejat. Sementara, air suling dihasilkan melalui proses penyejatan yang hanya menangkap molekul air dan meninggalkan mendapan mineral. 

Dari masa ke masa, mungkin terdapat pengumpulan deposit mineral sehingga pelembap mudah alih tidak lagi boleh berfungsi dengan cekap. Apabila ini berlaku, sudah tiba masanya untuk membeli pelembap baharu.