Bosan dengan lauk yang sama di pantri pejabat anda? Tahukah anda bahawa FamilyMart kini tampil dengan menu baru yang boleh anda cuba sebagai sajian makan tengahari anda yang dinamakan Diced Loaf Chicken Chahan.

Chahan adalah nasi goreng ala Jepun yang juga dikenali sebagai Yakimeshi. Ia merupakan nasi yang digoreng Jepun bersama dengan pelbagai bahan tambahan serta perasa.


Untuk pengetahuan anda juga, perluasan Chahan ini bermula pada tahun 1860-an oleh pendatang Cina yang tiba di pelabuhan Kobe. Kini, tidak hanya di Jepun, kebanyakan restoran di luar Jepun turut mula menyajikan hidangan itu sebagai sebahagian daripada hidangan mereka.

Menu Chahan dari FamilyMart ini menawarkan rasa istimewa umami bersama potongan bebola ayam dan juga telur yang bertepatan dengan kuantiti nasi. Harga yang ditawarkan hanyalah RM6.20 semangkuk.


Bagi anda yang ingin mencuba Diced Loaf Chicken Chahan, anda boleh mendapatkannya di semua rangkaian FamilyMart kecuali di cawangan KLIA2, Genting Highlands dan juga pembelian secara atas-talian.